Tuesday, 29 October 2013

Mendidik Khalifah

Fitrah anak-anak memerlukan didikan dan asuhan yang sempurna agar menjadi khalifah terulung di muka bumi Allah ini. Khalifah yang hidupnya berteraskan Al-Quran dan As-Sunnah. Bukan berteraskan hawa nafsu semata-mata.

Justeru, didikan ini MESTI bermula ketika mereka dalam rahim ibunya. Al-Quran menjadi sumber utama untuk mendidik khalifah-khalifah yang bakal lahir.

Pastikan ibu bapa membaca kalam Allah setiap hari dan sekurang-kurangnya khatam 1x sepanjang tempoh 9 bulan mengandung. Penghayatan Quran juga metilah diterapkan dalam jiwa, bukan sekadar membaca sahaja. Jadikan surah-surah tertentu sebagai amalan yang tidak pernah putus sepanjang tempoh kehamilan.


InsyaAllah ;-)

Beraktiviti bersama

Sentiasa libatkan anak-anak ketika melakukan aktiviti harian lebih-lebih lagi apabila membuat kerja-kerja rumah. Sebagai contoh membasuh baju, memasak, menikmati hidangan, mengemas, menyapu, melipat baju, bahkan mencuci kereta.

Aktiviti yang dibuat bersama-sama akan menambahkan lagi kemesraan dan mewujudkan suasana komunikasi dua hala yang berkesan. Anak-anak pun tak lokek bercerita perihal diri, kawan-kawan, guru-guru dan sekolah mereka.


Dengan aktiviti atau apa jua bentuk riadah keluarga akan cenderung merangsang emosi positif anak-anak. Wujudnya kasih sayang, sifat bertolak ansur dan nilai kekeluargaan yang tinggi di kalangan mereka. 

Alangkah indahnya hidup berkeluarga! ;-)

Selami emosi anak

Layanlah dan nilailah anak-anak kecil mengikut apa yang mereka rasa. Mereka juga beremosi seperti kita orang dewasa. Jangan biarkan emosi mereka berlalu pergi tanpa perhatian dan belaian terutama keseronokan serta kegembiraan yang mereka lalui.

Perhatikan perasaan mereka ketika membeli-belah barang-barang baru. Keseronokan yang tidak tergambar oleh kata-kata. Selamilah hati dan perasaan anak-anak. Indahnya hanya terbit di lubuk hati ibu bapa.

Mereka menggambarkan kita semasa kecil. Zaman kanak-kanak ribena. Begitukah kita?

Anak Genius

Setiap anak yang lahir adalah GENIUS,

Malah dari dalam rahim ibu lagi mereka adalah GENIUS,


Namun GENIUS mereka semakin pupus dari hari pertama mereka dilahirkan,


Mengapa?


Kerana corak dan warna anak ditentukan oleh peranan IBU BAPA !

Saturday, 31 August 2013

Merdeka Raya

Salam Syawal semua & selamat hari merdeka ke-56. Meraikan kemerdekaan di bulan Syawal yg mulia. Hayati kata-kata di bawah, semoga anak-anak kita juga disemai dgn erti kemerdekaan yg sebenar. Peace no war! :) 

Semailah unsur2 positif dalam jiwa, hati, perasaan, fikiran, fizikal, mental dan kehidupan mereka ketika mereka masih kecil lagi..

Wednesday, 31 July 2013

Anak Amanah Allah SWT

Setiap anak yang lahir adalah GENIUS,
Malah dari dalam rahim ibu lagi mereka adalah GENIUS,
Namun GENIUS mereka semakin pupus dari hari pertama mereka dilahirkan,
Mengapa?
Kerana corak dan warna anak ditentukan oleh peranan IBU BAPA !


Kata-kata berikut boleh dijadikan pedoman bersama;-
 
"Hak seorang anak adalah kamu menyedari bahawa dia berasal dari kamu. Jika dia baik atau jahat, semuanya berkait dengan kamu. Kamu bertanggungjawab untuk membesarkannya, mendidik dan membimbingnya ke jalan Allah serta membantunya menjadi anak yang taat. Kamu wajib melakukan sedemikian sehingga jika kamu berbuat baik kepadanya, kamu yakin akan mendapat ganjaran dan jika kamu berbuat tidak baik kepadanya, kamu akan mendapat seksaan."
- Imam As-Sajjad Ibn Hussain Ibn Ali Ibn Abi Talib -

Waktu terbaik nasihat anak

Tiga waktu terbaik untuk berdamping mesra dengan anak.

1. Sebelum tidur
2. Selepas mandi
3. Semasa anak bergembira

Waktu-waktu ini sangat sesuai bagi ibu bapa membisikkan ucapan-ucapan sayang dan kata-kata nasihat dengan nada yanh penuh hikmah dan bijaksana.

Ini kerana waktu tersebut gelombang alfa bersedia dan mudah menerima pesanan seterusnya meresap ke minda bawah sedar (subconcious mind) si anak.

Anak dengan mudah mengikut nasihat dan patuh apa yang kita cakap. InsyaAllah anak-anak akan jadi insan yang soleh solehah dan bijak bestari ;-)

Puasa vs Solah

Puasa dah masuk hari ke 22. Tinggal lagi 7 je sebelum Ramadan melabuhkan tirainya. Saya bukan nak cerita pasal puasa sebab patut kena share dari awal bulan Ramadan lagi hehe tapi post kali ini saya tertarik dengan kata Al-Fadil Uztaz Dato' Hassan Din.

Beliau ada bercakap mengenai puasa untuk anak-anak. Beliau berkata, yang lebih kurang saya ambil intipatinya, kita sibuk suruh anak puasa tetapi Nabi SAW suruh anak solah umur 7 tahun rotanlah jika anak tak solat umur 10 tahun. Nabi SAW menekankan solah dulu berbanding puasa.

Menarik tak? situasi sekarang kalau pasal puasa, jenuh ibu bapa paksa anak puasa. Suruh bangun sahur, digula-gulakan (bukan bagi makan gula-gula ye =) ) dengan duit raya tapi penekanan tentang solah? Sebenarnya solah adalah amalan yang lebih utama untuk diberi penekanan kepada anak-anak sebab apabila anak-anak sudah menjaga solah insyaAllah dia akan lebih mudah menjaga amalan lain.

Solah ibarat kepala kepada badan. Jika meninggalkan solah, ibarat orang itu seperti orang mati. Jadi kalau dia buat amalan lain banyak mana sekalipun tapi kalau tak jaga solah, semua amalan itu tak berguna. Solah adalah amalan pertama yang akan dihisab oleh Allah SWT. Jika solah Allah terima, maka semua amalan lain Allah akan terima juga.

Jadi hebat kan solah ni! Justeru, saya menyeru semua ibu bapa disamping kita menggalakkan anak kita berpuasa adalah lebih penting untuk menggalakkan mereka menjaga solah. apabila mereka menjaga solah pasti seluruh kehidupan mereka akan datang akan lebih mudah. Pendidikan solah perlu bermula dari sekarang sehinggalah mereka menjaga dewasa. Bukan sekadar mereka baligh, kita dah lepas tanggungjawab.

Semoga kita semua dapat menjaga solah seperti yang dituntut oleh Allah SWT,amin.

Wednesday, 17 July 2013

Ahli Syurga...

Wajah ahli syurga yg dirindui selalu! Walaupun setiap hari berada di depan mata..kadang2 termarah..marah tanda sayang kan..mama ayah sayang Faizin!

Cium hari2 tak pernah jemu. Orang kata cium baby ada bau2 syurga. Harumnya..wanginya kannn..lagi2 kalau baby tgh tido @ baru bgn tido..hmmm syok baunya! Betapa indahnya syurga & ahli2 syurga!



Sayangi ahli syurga anda..didiklah mereka dgn penuh amanah..moga kekal menjadi ahli syurga..pasti ganjaran besar menanti di sana, insyaAllah amin..

Thursday, 11 July 2013

Niat puasa..

Esok dah masuk hari ke 3 puasa..dah baca niat puasa utk esok? Walaupun dah baca utk sebulan tapi kalau ingat baca je la tiap2 mlm. Amalkan 30 hari je dlm setahun kan..bukan susah ;)

Bila baca niat ni ajak sekali anak2 terutama yg kecik2..baby pun boleh..jadikan rutin setiap hari sepanjang Ramadhan. Contohnya sebelum masuk tidur. Mesti anak2 suka. Tiap mlm mesti tertunggu2 mama ayah bacakan niat puasa ;)
Jom niat sama2..selamat berpuasa kawan2..

Wednesday, 10 July 2013

Ramadhan Kareem 1434H

Salam Ramadhan Kareem 1434H kpd seluruh muslimin muslimat terutama kwn2 blogger. Semoga beroleh keberkatan dr Nya. Amin.

Saturday, 6 July 2013

Seminar Anak Bijak Bestari

Jangan lupa temujanji anda esok 7/7/2013 di Bilik Kuliah 7, Masjid Negeri Shah Alam. Pendaftaran bermula jam 8.30 pagi. Seminar bermula jam 9.00 pagi hingga 1.00 tengahari. 

Manfaatkan hujung minggu anda dengan menyertai seminar ini dengan tajuk 'Membongkar Rahsia Minda Kanak-Kanak.' Semoga beroleh manfaat dunia dan akhirat. Jumpa anda di sana...


Friday, 5 July 2013

6 Pendekatan QAULAN kpd Anak

Bagaimana kita berinteraksi dengan anak-anak seharian? Jom kita rujuk 6 pendekatan komunikasi berkesan yang patut diamalkan bila bercakap dengan anak-anak. Semoga bermanfaat, InsyaAllah ;-)

QAULAN LAYYINA

Allah SWT berfirman, "Berbicaralah kamu berdua kepadanya dengan kata-kata yang lemah lembut, mudah-mudahan beliau ingat ataupun takut." (Surah Toha, Ayat 44).

Pendekatan ini menekankan konsep penggunaan bahasa / kata-kata yang lembut, lunak, beradab, mudah, ringkas dan belas kasihan kepada anak-anak. Rangsangan bahasa seperti ini memberi impak positif kepada anak-anak dari kecil hingga dewasa. Ketegasan juga turut diterapkan supaya anak-anak mengenal erti 'HORMAT'.


QAULAN SADIDA

ALLAH SWT berfirman, "Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah dan katakanlah perkataan yang benar." (Surah Al-Ahzab, Ayat 70).

Qaulan sadida bermaksud kata-kata yang benar dan mengandungi unsur-unsur nasihat yang baik. Prinsip ini menegaskan ibu bapa mengajar anak-anak bercakap benar. Ini bermula dengan ibu bapa mesti bercakap benar walaupun dengan anak-anak di bawah usia 2 tahun. Jangan sesekali bercakap bohong kepada anak-anak.


QAULAN MA'RUFA

ALLAH SWT berfirman, "Janganlah kamu serahkan kepada orang-orang yang belum sempurna akalnya, harta (yang ada dalam kekuasaanmu) yang dijadikan Allah sebagai asas kehidupan. Beri mereka belanja dan pakaian (daripada hasil harta itu) dan ucapkanlah kepada mereka kata-kata yang baik." (Surah An-Nisa'; Ayat 5).


Qaulan ma'rufa menegaskan agar ibu bapa berkomunikasi dengan anak-anak menggunakan bahasa yang menyenangkan hati si anak. Bahasa yang penuh dengan penghargaan dan kasih sayang.


QAULAN BALIGHA

ALLAH SWT berfirman, "Mereka itu adalah orang-orang yang Allah ketahui isi hatinya. Justeru, berpalinglah kamu daripada mereka dan berilah mereka pelajaran, dan katakan kepada mereka perkataan yang berbekas di dalam jiwa." (Surah An-Nisak: Ayat 63).

Konsep ini menjelaskan penggunaan kata-kata atau bahasa yang memberi kesan kepada jiwa anak-anak. Dengan menuturkan bahasa yang baik, fasih dan tepat serta membawa rasa takut kepada ALLAH. 


QAULAN MAISURA

Allah S. W. T. berfirman, "Sekiranya kamu berpaling daripada mereka bagi memperoleh rahmat daripada Tuhanmu yang kamu harapkan, katakanlah kepada mereka kata-kata yang mudah."

Gunakan prinsip ini dengan menuturkan bahasa / kata-kata yang sangat MUDAH dan RINGKAS ketika memberi arahan ataupun meminta sesuatu kepada anak-anak. Pasti dengan senang hati anak-anak akan menurut arahan kita.


QAULAN KARIMA

Firman Allah S.W.T.  "Tuhan kamu memerintahkan supaya jangan menyembah selain Dia dan kamu hendaklah berbuat baik kepada ibu bapa dengan sebaik-baiknya. Apabila salah seorang antara keduanya atau kedua-duanya sudah lanjut usia dalam pemeliharaanmu, jangan sesekali kamu mengatakan kepada keduanya perkataan 'ah' dan jangan kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia." (Surah Al-Isra': Ayat 23).

Didik anak-anak dengan ucapan penuh PENGHORMATAN dan KEMULIAAN. Apabila sejak kecil terdedah dengan bahasa-bahasa penghormatan dan kemuliaan, insyaAllah begitulah tutur kata dan tingkah laku mereka sehingga dewasa kelak.


* Mulai saat ni kita praktikakkan ok ;) 

Thursday, 4 July 2013

Boxing ke silat...






Boxer terhandal abad ini !!! Hehe gaya Faizin boxing & silat masa dlm pantang :) macam2 aksi si tomey mama ayah ni...

Tuesday, 2 July 2013

Rindukan Faizin Baby ;)

Ni gambar masa Faizin 6 bulan lebih..dekat2 7 bulan..

Sekarang Faizin dah 1 tahun 2 bulan +++ hmmm sekejapnya masa berlalu! Anak mama dan ayah dah besar. 

Rindu sangat tgk masa dia tergolek2 sambil senyum gelak2 camni :) ohhh anak mana ayah...Faizin!!!

Monday, 1 July 2013

Manis Manisnya Senyumanmu =)

Just nak post gambar comel tengah SENYUM =)



Faizin dah mula pandai senyum pada umur 2 bulan =)




Yang ini senyuman umur 5 bulan. Makin lebar anak mama senyum =) 

Senyum itu sedekah. Moga Faizin sentiasa jadi orang yang murah senyuman, amin! =)

Wednesday, 26 June 2013

Berdikari: Rumah bersepah vs rumah cantik terkemas.






Semangat tengok Faizin makan.Sekarang umur dan masuk 1 tahun 2 bulan 10 hari. Seboleh-bolehnya nak makan sendiri. Maybe dia rasa seronok dapat makan sendiri. Dapat handle tangan sendiri masuk dalam mulut makanan. Bila dapat masukkan makanan dalam mulut, satu kepuasan untuk dia =) Kadang-kadang nak bersuap, kadang-kadang nak makan sendiri. Bila nak makan sendiri, kita cuba suap, mula buat perangai baik dia =) anak mama kan baik orangnya =)

Anak yang diajar berdikari dari awal akan menjadi kanak-kanak yang berani, berkeyakinan diri dan berusaha keras untuk mencapai matlamat. Bila dia cuba tak boleh, dia akan cuba lagi cuba lagi cuba lagi sampai berjaya. Dari sini akan terbentuk keberaniaan dan keyakinan diri anak sebab dia tahu, SAYA BOLEH BUAT =)

Isu sekarang adalah berapa jauh kebebasan dalam mencuba sesuatu kita berikan kepada anak kita? sama ada kita beri peluang 100% untuk dia sentiasa mencuba sendiri, 50% @ adakah semua benda kita buatkan untuk mereka. Ibu bapa perlu berhati-hati, jika terlampau memberi pertolongan kepada mereka, mereka akan terlampau bergantung kepada kita dan ini akan memberi kesan kepada mereka pada masa akan datang.

Bila cakap pasal makan sendiri, seboleh-bolehnya banyak ibu bapa lnak suapkan anak mereka. Sebab apa? tak nak rumah bersepah kannnnn siapa setuju dengan saya say 'I'. Ye, memang betul, bila dah makan sendiri pada usia 1 tahun sah sah memang bersepah tapi sampai bila kita nak suap mereka. Secepat mana kanak-kanak itu boleh berdikari menentukan tahap kognitif kanak-kanak tersebut.

Jadi kita nak rumah bersepah tetapi tahap kognitif anak mencapai tahap optimum @ kita nak rumah kemas cantik tetapi tahap kognitif anak biasa-biasa je. So terpulang kat kita menentukan untuk anak kita sendiri. Nabi SAW bersabda lebih kurang maksudnya, setiap anak yang dilahirkan seperti kain putih. Ibu bapa yang mencorakkan mereka sama ada nak jadikan mereka Yahudi, Nasrani @ Majusi.

Cara ibu bapa mendidik anak sangat mempengaruhi tahap perkembangan anak. Jika sepenuh rangsangan diberikan, insyaAllah anak akan membesar menjadi seorang yang HEBAT. =)

Berbalik kepada cerita rumah tadi. Sebenarnya kita perlu tahu cara untuk beri peluang anak berdikari sendiri pada masa sama keselamatan mereka terjamin dan rumah kemas. Contoh makan sendiri tadi. Memang meja makan akan bersepah kalau mereka makan sendiri. Lagi lagi kalau dah mula makan nasi. Apa yang kita boleh buat, biar anak duduk atas kertas surat khabar. Kalau bersepah pun nasinya, jatuh ke atas surat khabar je. Dah abis makan terus buang kertas itu. Kan senang =)

Itulah yang kami praktikkan kepada Faizin. =) kalau dia nak makan sendiri, kami akan makan kat lantai & Faizin duduk atas kertas surat khabar. Kan selesai masalah =) Dapur bersih, anak pun dapat belajar makan sendiri =)

Sama kalau anak bermain. Memang mainan itu akan bersepah. Apa kita boleh buat? Untuk permulaan kita kemas sama-sama dengan anak. Tunjuk cara nak kemas barang. Kemudian, bila dah ajar beberapa kali, galakkan dia untuk mengemas sendiri. Dari anak akan pandai mengemas barang. Kalau tiap kali main, kita ibu bapa yang tolong kemaskan memang la penat. Why not, kita ajar mereka, anak-anak untuk mengemaskan barang. Kan moleh macam itu =) Rumah kemas, anak pun pandai =)

Tuesday, 25 June 2013

Sabarlah Wahai Ayah & Ibu Sekalian

'Praanggg' 'Faizin, pecah mama punya tutup teko!' Hehehe pengalaman pertama anakku memecahkan barang dapur. Alhamdulillah dah takde lagi yang pecah sebab bagi main benda lain kalau saya di dapur =)

Pernah tak anda mengalami perkara yang sama. Kalau ada anak kecil mesti ada yang terpecah la, kalau tak pinggan mangkuk ada la benda lain yang pecah. hehe

Biasanya kalau ini terjadi apa yang selalu kita buat adalah kita marah mereka. Lagi teruk kadang-kadang keluar perkataan tidak sepatutnya dari mulut kita diucapkan kepada anak kita. Na'uzubillah Min Zalik. Sedar / tidak perasaan marah kita akan menyebabkan kita hilang kawalan seterusnya keluar la tindakan yang tidak sepatutnya.

Sebab itu tajuk post ini seperti di atas. Manusia tidak akan terlepas dari perasaan marah tetapi sebenarnya kita perlu ingat bahawa marah itu datang dari syaitan. Bila datang dari syaitan itu yang menyebabkan tindakan kita biasanya di luar kawalan kita bila marah. Apa nak buat bila marah? Saidina Ali RA pernah berkata, 'Orang kuat adalah orang yang boleh menahan perasaan marah.' So nak tak nak bila marah memang perlu kita tahan dan bersabar.

Caranya sangat mudah, bila masa kita marah kita tengah berdiri, kita duduk, tak jadi kita baring tak jadi juga perlu la ambil wudu' dan solah 2 rakaat, pasti kemarahan kita akan reda. Ini bukan saya yang cakap tapi ini tips dari Nabi SAW.

Kalau betul ;pun kita nak lepaskan kemarahan kita, pastikan ayat yang keluar dari mulut kita adalah perkataan baik-baik contohnya, Bertuah punya anak. Kenapa pandai sangat pecahkan pinggan mama. Kan sedap sikit bunyinya =) Dan kata-kata yang keluar dari mulut ibu sangat POWER. Kata-kata kita ini adalah doa walau kita ujarkan dalam apa keadaan sekalipun. Jadi sangat penting untuk kita sentiasa cakap perkataan yang baik kepada anak kita walaupun tengah marah =)

Boleh buat macam ini? Boleh insyaAllah =) Bila kita cakap kat diri kita, kita boleh buat, pasti KITA BOLEH =)

Kanak-kanak kecil ini dalam proses pembelajaran. So, mereka akan explore macam-macam untuk mengenal diri, dunia dan persekitaran. Kalau kita hadkan pergerakan dan aktiviti mereka sebenarnya kita membantutkan perkembangan mereka. So, kita bagi je apa yang mereka nak buat tapi yang penting kena ada kawalan. Perlu ada Sekatan dan Sukatan dalam sesuatu aktiviti mereka =)

Lagi satu, kalau dah marah sangat nak pukul mereka, saya cadangkan rotan mereka tapi jangan rotan di muka / badan. Rotan di tapak kaki =) Ada kajian mengatakan, apabila kita merotan anak di tapak kaki, sebenarnya kita meransang MINDA untuk menjadi lebih hebat. Lagipun Nabi SAW memerintahkan untuk ibu bapa menggantungkan rotan di rumah sebagai peringatan untuk anak-anak.

Jadi, Bersabarlahh Wahai Ayah & Ibu sekalian. Beri peluang anak-anak untuk explore diri mereka. Yang penting kita beri galakan yang positif kepada mereka dan sentiasa bina situasi positif di rumah. Selamat Mencuba =)

Monday, 24 June 2013

Pengorbanan Masa : Masa itu Emas

Saya macam nak share ilmu yang ada pasal pengorbanan yang ibu bapa perlu buat. Kalau bagi list je boleh tapi kalau tiada penerangan macam susah pulak nak faham. Tak rugi kan share ilmu, saya dapat manfaat, kawan-kawan pun akan manfaat juga. Ahli ilmuan berkata, 'Untuk kita jadi lebih pandai dalam sesuatu bidang, kita perlu mengajarkannya kepada orang lain.' Sekadar perkongsian, semoga saya & suami jadi ibu bapa LUAR BIASA.

Semua orang tahu masa itu emas bahkan masa lebih mahal dari emas sebab masa tidak boleh dijual beli. Bila sudah lepas masa itu pun melepas la dia, bak kata Allahyarham Tan Sri P Ramlee, Melepasss =) Disebabkan masa itu sangatlah berharga, sangat penting untuk kita gunakan masa kita seoptimum yang supaya setiap benda yang kita nak akan tercapai.

Saya teringat kata-kata mak cik saya (mak cik suami sebenarnya, mak cik dia mak cik saya la kan =)), ibu bapa sekarang ini sibuk sangat dengan kerja sampai lupa nak tengok anak. Nak ajak join program anak punyalah susah. Mak cik kami, kami panggil Mak Dak, dia buka taska. Baru-baru ini dia buat family day. Agak menyedihkan sebab separuh je yang datang =( sedihkan =(

Dalam pembahagian masa kita sebagai ibu bapa, sangat penting untuk kita luangkan masa dengan anak-anak / keluarga walau sesibuk mana pun kita. Sebab yang paling utama adalah masa anak-anak kita kecil sekali je, lepas itu masa itu akan berlalu. Masa anak kita setahun, sekali je dia umur setahun lepas itu dia akan naik umur 2 tahun dan begitulah seterusnya. Jadi kalau kita terlepas walau setahun dari perkembangan anak kita, sangatlah rugi sebab masa itu tak akan berulang.

Jadi luangkan lah masa anda bersama anak-anak & keluarga. Apa nak buat bersama mereka? macam-macam boleh buat, boleh ajar dia membaca, boleh main sama-sama dengan dia, boleh makan sama-sama paling tidak pun boleh tengok tv sama-sama. Yang penting perlu luangkan masa bersama mereka. Lagi satu tanggungjawb mengajar anak sebenarnya terletak kepada ibu bapa bukan sekadar guru. Ha ini topik besar ini, satu hari nanti insyaAllah saya akan sentuh.

Kalau dari kecil kita jarang luangkan masa bersama mereka, bila mereka dah besar mereka sendiri akan menjauhkan diri dari kita. Itu yang jadi macam-macam sekarang ini. Kawan lebih diutamakan dari ibu bapa sebab ibu bapa asyik takde je. Anak-anak bila mereka dah mula naik remaja mereka perlukan seseorang untuk meluahkan perasaan mereka / apa jua perkara mereka nak kongsikan. Pasal itu sangat penting ibu bapa perlu meluangkan masa bersama mereka untuk mendengar segala macam cerita mereka.

Ingatlah, suatu hari nanti kita sendiri akan rindu dengan gelak tawa mereka. Jadi bila nak mula luangkan masa bersama anak? Sekarang lah waktu yang sesuai =) walaupun anak kita dah umur besar mana pun. Anak kecil lagi la perlu perhatian ibu bapa. Mereka bukan nak mainan hebat-hebat pun, ibu bapa dapat bersama mereka pun mereka dah gembira. Peluk mereka, cium mereka, beri sepenuhnya kasih sayang.

Cerita panjang-panjang touching pulak hehe anyway, korbankanlah sedikit masa anda bersama anak-anak. Kalau ada anak kecil, mulalah bahagikan masa bersama mereka. Jangan anggap mereka tiada perasaan. Mereka juga manusia macam kita juga, ada perasaan, ada perasaan marah ada perasaan nak disayangi, semua perasaan mereka ada cuma anak keciil belum pandai nak sampaikan je.

So, jom kita sama-sama susun masa kita untuk ada masa diluangkan bersama anak-anak kita =)

5 Pengorbanan Ibu Bapa

Siapa kenal Dr Tengku Asmadi? Anda kenal dia? Tahniah, tepuk tangan untuk anda.

Dr Tengku Asmadi pernah membicarakan tentang 5 pengorbanan yang perlu ada pada setiap ibu bapa untuk melahirkan ibu bapa yang lebih cemerlang. 5 pengorbanan tersebut saya kongsikan dalam post kali ini =) 5 pengorbanan ini saya ringkaskan & ditokok tambah sikit-sikit berdasarkan perkongsian suami saya dalam seminarnya, Seminar Anak Bijak Bestari (Jom DAFTAR!) =) cuma 5 asas pengorbanan itu memang saya petik dari Dr Tengku Asmadi.

Berikut 5 pengorbanan melahirkan anak cemerlang;

a.       Pengorbanan masa
  • Bersendirian tanpa adik beradik lain untuk membincangkan sesuatu perkara
  •  Luangkan masa untuk mengajar anak
  • Sentiasa berkomunikasi dengan anak
  • Luangkan masa untuk mendoakan kekayaan, kebahagian, kesejahteraan, keberkatan dan kejayaan anak
b.      Pengorbanan perasaan
  • Sabar dengan kerenah anak. Mereka dalam proses pembelajaran. Marah bukan alternatif yang bagus.  
  • Teguran yang tegas dan penuh hikmah.
  •  Rotan bagus untuk mendidik anak tetapi ada caranya. Rotan bahagian tapak kaki adalah yang terbaik  untuk merangsang otak anak.
c.       Pengorbanan kehendak
  •    Ikut apa keinginan anak jadi bila besar
  •    Perlu pertimbangkan kehendak anak tetapi perlu berikan kawalan
d.      Pengorbanan keseronokan
  •     Beri tumpuan kepada mereka
  •     Beri sepenuhnya kasih sayang
e.      Pengorbanan wang ringgit
  •  Pelaburan dalam ilmu pengetahuan samada ibu bapa / anak
  •  Hendak berjaya dalam suatu bidang perlu berguru dengan orang yang telah berjaya. Pilih guru yang terbaik
Untuk mendapatkan sesuatu yang HEBAT memerlukan pengorbanan. Yang bulat tak akan datang bergolek, yang pipih tak akan datang melayang. Semua perlukan usaha & pengorbanan supaya matlamat tercapai. Nak dapat anak cemerlang, ibu bapa perlu banyak bekorban supaya anak cemerlang dapat dilahirkan bukan saja cemerlang di dunia tapi juga cemerlang di akhirat sana. Amin.

Anda Ibu Bapa Luar Biasa =) 
* Jom DAFTAR SEKARANG di Seminar Anak Bijak Bestari!

Sunday, 23 June 2013

Kebaikan & Keburukan Berbuai



Bila bercakap pasal berbuai ada macam-macam pendapat kita dengar. Ada yang cakap bagus, ada yang cakap kurang bagus. Bagi saya berbuai ini bagus untuk bayi tapi perlu ada beberapa perkara perlu diambil perhatian. Kita cerita yang kebaikan dulu la ye =)

Kebaikan berbuai :
1) Bayi mudah tidur. Dia rasa macam dalam perut ibu lagi. Dalam kandungan kan penuh dengan cecair, dalam sains namanya amniotic fluid. Kalau tak salah la, kalau salah minta maaf ye hehe bila benda yang dalam cecair kan dia akan beralun-alun, kandungan rasa lebih selesa dalam perut ibu.

Sama macam berbuai, bayi dalam buai beralun-alun menyebabkan dia rasa selesa dan senang tidur =) Lagipun kalau bayi terjaga semasa dalam buai, senang nak tidurkan balik. Henjut sikit insyaAllah tidur dah =)

2) Lebih bijak berbanding kanak-kanak lain. Ada pendapat mengatakan bayi yang berbuai lebih bijak disebabkan alunan buai itu. Sama ada sahih ke tak saya tak pasti tapi kalau ikut pengalaman beberapa kawan, adik beradik mereka yang selalu berbuai memang bijak. Selalunya skor dalam exam =)

Keburukan berbuai :
1) Pakar Pediatrik buat kajian banyak kes 'Shaken baby syndrome' disebabkan oleh berbuai dan banyak kes terjatuh buai menyebabkan kecederaan otak.

Kalau tanya saya, di sini perlu ada langkah berjaga-jaga. So, saya kongsi langkah berjaga-jaga semasa berbuai ;
1) Buai dengan perlahan-lahan. Walaupun ada lagu buai laju-laju hehehe untuk tidurkan bayi cukup buai perlahan-lahan. Ini boleh mengelakkan sindrom seperti di atas.

2) Letak bantal atau tilam di bawah buai. So kalau bayi terjatuh, jatuh atas bantal/tilam tu, kan lebih selamat cuma kena pastikan bantal besar la, lebih besar dari saiz buaian =)

3) Pastikan spring buaian diikat dengan tali sokongan. Susah nak explain sebab saya takde gambarnya hehe nanti saya upload gambarnya macam mana hehe ini untuk keselamatan kalau spring putus, jadi ada back up dengan tali. Tak la bayi terhentak ke bawah.

Ok, ini antara kebaikan dan keburukan berbuai juga langkah keselamatan. Sama ada anda nak berbuai @ tidak terpulang kepada masing-masing. Saya suka nak kongsi ilmu yang saya ada =) Selamat Mencuba =)

Saturday, 22 June 2013

Kebaikan berbedung



Comel kan Faizin? :-) ni masa umur 1 bulan lagi. Bagi puting sambil berbedung hehe tapi sekarang puting dia dah dibuang sebab tak pakai dah pun. Nak berbedung lagi la tak boleh haha sekarang kalau selimut kan dia mesti tangannya dikeluarkan pastu letak kat atas kepala macam ayahnya tidur hehehe 

Post ini nak share sikit kelebihan berbedung sebenarnya. Ini amalan turun temurun yang masih relevan untuk diamalkan. Antara kebaikan berbedung adalah seperti berikut : 
  1. Bayi tidak mudah terkejut dengan bunyi bising disekelilingnya. Jadi bayi dapat tidur dengan lena :) mama pun tidur lena juga hehe
  2. Membantu agar bayi rasa lebih selamat dan selesa. Kain bedung yang membalut bayi membuatkan bayi terasa seperti didalam kandungan ibunya
  3. Mengelakkan bayi dari menggosok dan mencakar mukanya sendiri terutama jika tidak dipakaikan sarung tangan
  4. Mengelakkan bayi dari menggawangkan tangannya ke atas – keadaan ini biasanya terjadi apabila bayi terkejut disebabkan oleh bunyi yang kuat disekelilingnya
  5. Membantu bayi menyesuaikan diri dengan suhu persekitarannya selepas keluar daripada rahim ibu.
  6. Supaya kakinya lurus apabila besar.

Friday, 21 June 2013

Faizin kena KURUNG???

Jangan terkejut ye dengan post ini. hehehe

Faizin sekarang dalam perintah berkurung. Kena duduk rumah main je dalam rumah. Kalau sebelum ini, petang2 ayahnya bawa jalan2 keluar, sekarang dah tak, kena PERINTAH BERKURUNG!

Sebab apa kena kurung, sebab sekarang JEREBU =) Mama sayang Faizin, mama nak Faizin duduk rumah je, mengulit dengan mama sepanjang hari hehehe insyaAllah Faizin kekal sihat, amin!

Dengan keadaan situasi sekarang ini, sangat penting ibu bapa yang ada anak kecil tak kisah umur berapa pun, dari 1 tahun sampai 12 tahun untuk memastikan mereka sentiasa di dalam rumah dan kurangkan aktiviti di luar. Kanak-kanak usia macam ini sangat terdedah dengan pelbagai komplikasi jerebu khususnya kanak-kanak bawah 12 tahun.

Orang kata, mencegah lebih baik dari merawat. So silalah perhatikan anak masing-masing supaya sentiasa ada di rumah. Kalau rasa nak makan kat luar pun, untuk masa sekarang mungkin kurang sesuai atas faktor kesihatan, so makan la di rumah ye. Lagipun makan di rumah lagi banyak kelebihan macam anak dapat makan hasil tangan maknya, suami makan masakan isteri dari sini akan mengeratkan kasih sayang.

Mungkin jerebu ini sebenarnya adalah petanda untuk kita lebih bersama sesama keluarga di dalam rumah. Sebelum ini kita dah sibuk dengan urusan di luar, bila dah jerebu nak tak nak kena berada di rumah supaya kesihatan lebih terjamin. Dah duduk rumah inilah masanya untuk kasih sayang antara keluarga di rumah. Mungkin ini hikmat dari Allah SWT jadikan jerebu ini =)

Suami boleh tolong isteri untuk buat kerja rumah. Dah duduk rumah, tak kan nak tengok tv je kan, ringan2kan la tulang untuk tolong isteri. Boleh ye Abg Fazmi =) Bila masing-masing ada di rumah, banyak perkara boleh buat bersama. Tengok tv sama2, makan sama2, boleh berkongsi cerita & banyak aktiviti kasih sayang dapat dibuat bersama.

Ok, nak cakap pasal Faizin kena perintah berkurung je, ni dah kelain hehe anyway, sila jaga kesihatan anda, anak & keluarga anda. Saya doakan semua pembaca sihat sejahtera walau macam sekalipun cuaca di luar. Wassalam.

Thursday, 20 June 2013

Kebaikan susu ibu kepada bayi

Alhamdulillah, sehingga ke hari ini, saya berjaya menyusukan anak bijak bestariku, Faizin =) kalau bagi susu formula pun, akhir sekali mesti nak menyusu badan juga. Moga Faizin jadi anak yang soleh, hafiz, kaya & berjaya, amin!

Seperti yang dijanjikan, saya nak berkongsi kelebihan susu ibu kepada bayi. Semoga semua kelebihan yang saya kongsikan menjadi galakan untuk semua ibu menyusukan bayi masing-masing sepenuhnya.

Kelebihan susu ibu :
1) Susu ibu tidak boleh dirosakkan bakteria. Sah sah memang tak boleh rosak sebab datang dari badan kan =)
Susu formula macam-macam benda nak dijaga bagi tak rosak. Botol kena rebus nak bunuh bakteria, sebelum bancuh susu kena basuh tangan, masa nak larutkan susu tak boleh goncang kuat-kuat takut masuk angin, so kena goncang perlahan-lahan. Banyakkan prosedurnya! So, pilihlah susu ibu ye =)

2) Bayi yang menyusu susu ibunya mempunyai ketahanan badan melawan bakteria yang lebih tinggi. Bayi susu ibu biasanya jarang sakit. Susu ibu boleh mengelakkan demam selsema, cirit birit dan alahan.
 Contoh mudah macam Faizin. Kali pertama dia demam masa umurnya 6 bulan! masa berpantang, alhamdulillah tak pernah demam. Alhamdulillah berkat susu mama =)

3) Susu ibu lebih mudah dicernakan. Sistem perkumuhan bayi kurang bekerja kalau kerap minum susu ibu. Sebab itu kot bayi susu ibu jarang cirit birit @ sembelit.

4) Mulut, bibir, rahang dan lidah bayi susu ibu lebih kuat sebab bayi kena bekerja keras untuk menghisap susu ibu. Otot-otot disekitar kawasan mulut juga bekerja keras untuk memastikan susu keluar.

5) Hubungan ibu dengan bayi akan lebih erat. Nak susukan bayi mesti la kena peluk mereka kan. So setiap kali nak menyusukan bayi, peluk mereka, terpancarlah kasih sayang kepada anak kita, chewah! =)

6) Kajian juga menunjukkan, bayi yang mendapat susu ibu sepenuhnya mempunyai tahap IQ yang lebih baik berbanding bayi yang kurang mendapat susu ibu =) InsyaAllah Faizin jadi seorang yang Bijak Bestari =)

Ok, ini lebih kurang kelebihan susu ibu kepada bayi. Tapi sebenarnya menyusukan bayi pun bagus untuk emaknya. Nak tahu apa kelebihan untuk ibu pulak? Tunggu post seterusnya =)

Wassalam.

Wednesday, 19 June 2013

Si Bam Bam


Alhamdulillah Faizin dah makin sihat hari ini. Syukur sangat2! =)

Saja2 tengok gambar Faizin masa kecil (sekarang kecil lagi hehehe) jumpa gambar. Mak aih, bezanya dengan sekarang hehe bam bam Faizin ni dulu rupanya hehe (saja buat2 lupa =))

Masa ini umurnya 1 bulan, berat dalam 4 kg. Masa bersalin 2.66kg je, dalam sebulan dah naik sampai 4kg. Alhamdulillah berkat susu ibu =)

Akan datang nak share kebaikan susu ibu pulak. Sangat penting untuk ibu-ibu tahu dan faham kebaikan susu ibu kepada bayi. Walaupun macam2 produk susu ada di pasaran tapi sudah semestinya tak akan sama dengan susu ibu.

Ok jumpa post akan datang. Kalau saya lupa post pasal susu ibu, ingatkan saya ye =)

Wassalam.

Monday, 17 June 2013

Menangis. Melalak. Merengek.

Kenapa anak mama hari ni? Dari tengahari merengek, menangis, melalak. Susu pun tak mau sangat! Makan lagi la tak mau. Faizin..Faizin..Faizin..huhu

Risau. Geram. Kesian. Semua ada. Hati mama kan. Hati seorang ibu.

Alhamdulillah dah malam sikit Faizin dah ok. Dah tidur pun dia :) esok baik-baik je ye sayang...

Anak mama ni kenapa???

Friday, 14 June 2013

My HERO ;-)

(Ini adalah hasil nukilan suami tercinta saya, MOHD FAZMI...terharu baca hukhuk)

Assalamualaikum W.B.T.

Alhamdulillah, puji-pujian yang tidak terhingga kepada Allah SWT yang Maha Kuasa yang mengizinkan saya untuk menjadi ayah. Alhamdulillah, syukur sangat-sangat.

Anak saya selamat dilahirkan pada 16 April 2012 jam 9.22 pagi. Pengalaman yang sangat HEBAT apabila saya berada di bilik bersalin memberi semangat kepada isteri saya dan pengalaman yang TERLALU HEBAT bila saya lihat bayi saya mula melihat dunia. ALHAMDULILLAH. Kau Maha Hebat YA ALLAH!!!

Perasaan yang tidak tergambar apabila saya mengazankan ke telinga kanan dan iqamah ke telinga kiri anak saya. Dengan kata-kata Nabi SAW pasti anak saya menjadi seorang Mu'min sejati, amin!!!

Nama diberikan Muhammad Faizin yang bermaksud Orang Berjaya Yang Terpuji. InsyaALLAH anak saya berjaya di dunia dan di akhirat. Menjadi seorang yang cemerlang dan berjaya dalam semua aspek & nilai positif serta berjaya menambah nilai kepada hidup orang lain. Amin!!!

          Inilah anak saya, Muhammad Faizin bin Mohd Fazmi. Comel kan =) =)

*Terima kasih Abang atas segala semangat sepanjang mengandung hingga baby comel kita lahir melihat dunia ciptaan Allah SWT. Tak sabar nak kongsi pengalaman menjadi seorang mama dan ayah. Melihat Faizin membesar dan melayan keletahnya ;-) Jom share pengalaman kawan-kawan kat sini...

Thursday, 13 June 2013

Ibu Ayah MODEL TERHEBAT Anak-Anak..

Sebelum membentuk anak soleh/solehah, ibu ayah perlulah mempersiapkan diri dengan iman, amal dan akhlak yang soleh supaya menjadi contoh teladan kepada anak. Ibarat kata pepatah melayu, 'Ayah borek, anak rintik'. Si anak akan mengikuti apa yang dilakukan oleh ayahnya kerana itu yang disangkakan adalah betul. Kanak-kanak merupakan golongan yang cepat belajar dan kanak-kanak lebih mudah belajar melalui penglihatan. Justeru jika contoh yang baik ditonjolkan maka akhlak yang baik akan dibentuk dalam diri anak itu.
 
Perkara utama yang perlu dititik beratkan oleh ibu ayah dalam usaha mempersiapkan diri adalah perlunya menjaga solah fardunya & solah fardu yang terbaik adalah dilaksanakan secara berjemaah, di awal waktu dan di tempat azan diazankan sama ada di masjid atau di surau. Ini kerana dalam hadis Nabi SAW, Nabi SAW ada menyatakan bahawa solah berjemaah merupakan Sunanul Huda (Jalan-jalan hidayah) dan tanda orang yang beriman. Apabila ibu ayah menjaga solahnya dengan baik, maka ini akan menjadi ikutan kepada anaknya. Apabila anaknya menjaga solahnya, maka akan terbentuklah akhlak yang mulia dalam diri anak. 

Allah SWT telah berfirman bahawa sesungguhnya solah mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar. Kata-kata Allah SWT pasti benar belaka. Justeru dengan mengajak anak untuk solah, insyaALLAH anak tersebut akan terhindar daripada segala perbuatan yang mungkar. Kita juga sedia maklum, Nabi SAW memerintahkan ibu bapa menyuruh anaknya bersolah pada umur 7 tahun dan rotanlah anak jika tidak bersolah pada umur 10 tahun. Pendidikan solah akan lebih mudah jika kita sama-sama mengajak anak ke masjid atau surau untuk solah bersama-sama. 

Bagi anak perempuan yang tidak diajak ke masjid atau surau, tanggungjawab ayah juga adalah untuk mendidik si ibu untuk bersolah awal waktu dan mengajak anak perempuan untuk turut bersolah bersama-sama. Solah berjemaah tidak dituntut kepada kaum Hawa tetapi solah awal waktu dituntut kepada sama ada kepada kaum lelaki mahupun wanita. Cukup sekadar anak perempuan bersolah di rumah tetapi perlu dipastikan anak itu bersolah di awal waktu.

Melalui pendidikan solah ini, insyaALLAH anak yang soleh/solehah akan terbentuk. Ibu ayah perlu menunjukkan teladan yang baik dalam mendirikan solah ini bagi memudahkan anak-anak untuk mencontohi kerana pendidikan yang terbaik adalah melalui teladan. Ibu ayah lah yang menjadi SURI TELADAN dan MODEL TERHEBAT kepada anak-anak.


Faizin, jadi anak yang SOLEH ye sayang, amin.


Wednesday, 12 June 2013

Anak Siapa La Tu...

Keperluan untuk melahirkan anak yang soleh adalah sangat dituntut kerana merekalah yang bakal mencorak masa depan kita tidak kira sama ada di dunia atau di akhirat. anak yang soleh akan menjadi penyejuk kepada mata ibu bapa atas akhlak baik yang ditunjukkan. 

Seperti hadis Nabi SAW yang lebih maksudnya, Nabi SAW diutuskan bagi menyempurnakan akhlak. seorang anak yang soleh akan mentaati perintah ibu bapanya selagi tidak melanggari hukum syara' yang merupakan salah satu ciri akhlak yang mulia. dari sini la hati ibu bapa akan tenang disebabkan anak yang mudah untuk mengikut kata. tak perlu ditengking, tak perlu disuruh berkali-kali untuk mengikut arahan yang diberikan. ibu bapa mana yang tidak mahu melihat anaknya sedemikian. 

Anak soleh sudah sedia maklum akan tuntutan mentaati ibu bapa. Seperti firman Allah SWT yang lebih kurang maksudnya, janganlah seorang anak itu berkata walaupun 'AH' kepada kedua ibu bapanya. nasihat Luqman kepada anaknya yang termaktub dalam Surah Luqman juga menjelaskan keperluan seorang anak untuk mentaati kedua ibu bapanya. 

nama ibu bapa seorang anak yang soleh akan terjaga dengan baik. sering kita dengar orang berkata, "ANAK SIAPA LA TU" Tidak kira sama ada perkara yang dilakukan perkara baik atau buruk, perkataan itu yang biasanya akan terpacul dilidah ramai pihak. jika perkara baik yang dilakukan, maka nama baik ibu bapa akan dibawa, jika perkara buruk yang dilakukan, Na'uzubillah min zalik, nama buruk ibu bapa akan terjejas.

Oleh itu, bila bercakap mengenai anak soleh, bukan sahaja akan menyenangkan ibu bapa di akhirat, malah ibu bapa akan merasa tenang didunia ini lagi. justeru, marilah kita semua bersama-sama membentuk anak yang soleh & solehah demi masa depan kita dunia dan akhirat. tanggungjawab utama dalam mendidik anak adalah tanggungjawab IBU BAPA..

Tuesday, 11 June 2013

Anak Soleh

Kita renung kembali sebuah hadis Nabi SAW yang lebih kurang maksudnya apabila mati seorang anak adam akan terputus semua amalannya kecuali 3 perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat & doa anak soleh. Maaf saya tak menulis masnadnya & hadis tersebut secara harfiah kerana saya bukan ahlinya. cuma saya akan berkongsi akan maksud dan mafhum hadis tersebut mengikut apa yang saya telah belajar dari uztaz. 

Apabila seorang tersebut sudah meninggal dunia, hanya yang di bawa ke kubur hanyalah iman & amal sahaja. segala harta kekayaan, pangkat darjat, wang jutaan ringgit, rumah mahligai dan segala macam kebesaran duniawi akan ditinggalkan didunia dan menjadi milik warisnya. Adakah cukup amalan yang kita bawa itu untuk berjumpa Allah SWT, ditimbang di necara amalan kita, dihadapkan di Mahkamah Allah? hanya Allah sahaja yang tahu. kita pun tak tahu sama ada amalan yang kita buat didunia mencukupi atau tidak. jadi sebagai persiapan, kita perlu menyediakan amalan yang akan tetap ditulis di buku amalan kebajikan kita walaupun kita sudah meninggal dunia. 

Berbalik kepada hadis di atas, dengan 3 perkara dalam hadis tersebut yang membolehkan kita masih memperoleh pahala amal kebajikan walaupun kita sudah meninggal dunia. saya tidak akan fokus kepada sedekah jariah & ilmu yang bermanfaat kerana bukan itu maksud tajuk ini tetapi lebih kepada anak yang soleh. mungkin di lain masa kita boleh bincangkan serba sedikit mengenai sedekah jariah & ilmu bermafaat apa huraiannya. 

Apa yang anak soleh boleh membantu memberatkan amalan ibu bapanya di dalam kubur. sudah semestinya doa daripada anak yang soleh. setiap lepas solah anak yang soleh akan mendoakan kesejahteraan ibu bapanya di kubur. bukan itu sahaja, pahala amalan anak soleh juga akan dimasukkan ke buku amalan ibu bapanya tanpa dikurangkan sedikit pun pahala amalan tersebut. solah, puasa, zakat, sedekah, zikir, bacaan Al Quran anak yang soleh akan menerangi kubur ibu bapanya. 

Ini adalah kerana ibu bapalah penyebab anak soleh melakukan amalan kebajikan tersebut. hasil didikan dan tarbiah ibu bapa maka terbentuklah anak yang sentiasa mentaati perintah Allah SWT. justeru, tanggungjawab bapa bukan sekadar makan minum, pakaian, tempat tinggal sahaja maah lebih dari itu iaitu menjadi pendidik supaya anak menjadi orang yang patuh perintah Allah. Tanggungjawan bapa sebagai pendidik akan dikupas pada masa akan datang. 

Oleh itu, anak soleh merupakan antara pembantu utama dalam menyelamatkan kita dari azab Allah SWT. Walaubagaimanapun perlu diingat, hanya dengan rahmat Allah SWT kita akan terlepas dari azab Allah dan dimasukkan ke dalam syurga Nya. Amalan kita, doa anak soleh merupakan cara untuk kita menarikm rahmat Allah SWT.

Dunia Blogging!

Assalamualaikum sahabat blogger,

Selamat datang ke dunia blogging! Ucapan khas ditujukan untuk diri sendiri. 11 Jun 2013, Selasa, jam 8.11 pagi. Maka dengan rasminya putraputribijak.blogspot.com dilancarkan. Wah semangat gitu nak berjinak-jinak dengan blog. Chaiyok2 Hani Srikandi! ;-)