'Praanggg' 'Faizin, pecah mama punya tutup teko!' Hehehe pengalaman pertama anakku memecahkan barang dapur. Alhamdulillah dah takde lagi yang pecah sebab bagi main benda lain kalau saya di dapur =)
Pernah tak anda mengalami perkara yang sama. Kalau ada anak kecil mesti ada yang terpecah la, kalau tak pinggan mangkuk ada la benda lain yang pecah. hehe
Biasanya kalau ini terjadi apa yang selalu kita buat adalah kita marah mereka. Lagi teruk kadang-kadang keluar perkataan tidak sepatutnya dari mulut kita diucapkan kepada anak kita. Na'uzubillah Min Zalik. Sedar / tidak perasaan marah kita akan menyebabkan kita hilang kawalan seterusnya keluar la tindakan yang tidak sepatutnya.
Sebab itu tajuk post ini seperti di atas. Manusia tidak akan terlepas dari perasaan marah tetapi sebenarnya kita perlu ingat bahawa marah itu datang dari syaitan. Bila datang dari syaitan itu yang menyebabkan tindakan kita biasanya di luar kawalan kita bila marah. Apa nak buat bila marah? Saidina Ali RA pernah berkata, 'Orang kuat adalah orang yang boleh menahan perasaan marah.' So nak tak nak bila marah memang perlu kita tahan dan bersabar.
Caranya sangat mudah, bila masa kita marah kita tengah berdiri, kita duduk, tak jadi kita baring tak jadi juga perlu la ambil wudu' dan solah 2 rakaat, pasti kemarahan kita akan reda. Ini bukan saya yang cakap tapi ini tips dari Nabi SAW.
Kalau betul ;pun kita nak lepaskan kemarahan kita, pastikan ayat yang keluar dari mulut kita adalah perkataan baik-baik contohnya, Bertuah punya anak. Kenapa pandai sangat pecahkan pinggan mama. Kan sedap sikit bunyinya =) Dan kata-kata yang keluar dari mulut ibu sangat POWER. Kata-kata kita ini adalah doa walau kita ujarkan dalam apa keadaan sekalipun. Jadi sangat penting untuk kita sentiasa cakap perkataan yang baik kepada anak kita walaupun tengah marah =)
Boleh buat macam ini? Boleh insyaAllah =) Bila kita cakap kat diri kita, kita boleh buat, pasti KITA BOLEH =)
Kanak-kanak kecil ini dalam proses pembelajaran. So, mereka akan explore macam-macam untuk mengenal diri, dunia dan persekitaran. Kalau kita hadkan pergerakan dan aktiviti mereka sebenarnya kita membantutkan perkembangan mereka. So, kita bagi je apa yang mereka nak buat tapi yang penting kena ada kawalan. Perlu ada Sekatan dan Sukatan dalam sesuatu aktiviti mereka =)
Lagi satu, kalau dah marah sangat nak pukul mereka, saya cadangkan rotan mereka tapi jangan rotan di muka / badan. Rotan di tapak kaki =) Ada kajian mengatakan, apabila kita merotan anak di tapak kaki, sebenarnya kita meransang MINDA untuk menjadi lebih hebat. Lagipun Nabi SAW memerintahkan untuk ibu bapa menggantungkan rotan di rumah sebagai peringatan untuk anak-anak.
Jadi, Bersabarlahh Wahai Ayah & Ibu sekalian. Beri peluang anak-anak untuk explore diri mereka. Yang penting kita beri galakan yang positif kepada mereka dan sentiasa bina situasi positif di rumah. Selamat Mencuba =)
No comments:
Post a Comment