Keperluan
untuk melahirkan anak yang soleh adalah sangat dituntut kerana
merekalah yang bakal mencorak masa depan kita tidak kira sama ada di
dunia atau di akhirat. anak yang soleh akan menjadi penyejuk kepada mata
ibu bapa atas akhlak baik yang ditunjukkan.
Seperti
hadis Nabi SAW yang lebih maksudnya, Nabi SAW diutuskan bagi
menyempurnakan akhlak. seorang anak yang soleh akan mentaati perintah
ibu bapanya selagi tidak melanggari hukum syara' yang merupakan salah
satu ciri akhlak yang mulia. dari sini la hati ibu bapa akan tenang
disebabkan anak yang mudah untuk mengikut kata. tak perlu ditengking,
tak perlu disuruh berkali-kali untuk mengikut arahan yang diberikan. ibu
bapa mana yang tidak mahu melihat anaknya sedemikian.
Anak
soleh sudah sedia maklum akan tuntutan mentaati ibu bapa. Seperti firman
Allah SWT yang lebih kurang maksudnya, janganlah seorang anak itu
berkata walaupun 'AH' kepada kedua ibu bapanya. nasihat Luqman kepada
anaknya yang termaktub dalam Surah Luqman juga menjelaskan keperluan
seorang anak untuk mentaati kedua ibu bapanya.
nama ibu
bapa seorang anak yang soleh akan terjaga dengan baik. sering kita
dengar orang berkata, "ANAK SIAPA LA TU" Tidak kira sama ada perkara
yang dilakukan perkara baik atau buruk, perkataan itu yang biasanya akan
terpacul dilidah ramai pihak. jika perkara baik yang dilakukan, maka
nama baik ibu bapa akan dibawa, jika perkara buruk yang dilakukan,
Na'uzubillah min zalik, nama buruk ibu bapa akan terjejas.
Oleh
itu, bila bercakap mengenai anak soleh, bukan sahaja akan menyenangkan
ibu bapa di akhirat, malah ibu bapa akan merasa tenang didunia ini lagi.
justeru, marilah kita semua bersama-sama membentuk anak yang soleh
& solehah demi masa depan kita dunia dan akhirat. tanggungjawab
utama dalam mendidik anak adalah tanggungjawab IBU BAPA..
No comments:
Post a Comment