Bagaimana kita berinteraksi dengan anak-anak seharian? Jom kita rujuk 6 pendekatan komunikasi berkesan yang patut diamalkan bila bercakap dengan anak-anak. Semoga bermanfaat, InsyaAllah ;-)
QAULAN LAYYINA
Allah SWT berfirman, "Berbicaralah kamu berdua kepadanya dengan kata-kata yang lemah lembut, mudah-mudahan beliau ingat ataupun takut." (Surah Toha, Ayat 44).
Pendekatan ini menekankan konsep penggunaan bahasa /
kata-kata yang lembut, lunak, beradab, mudah, ringkas dan belas kasihan
kepada anak-anak. Rangsangan bahasa seperti ini memberi impak
positif kepada anak-anak dari kecil hingga dewasa. Ketegasan juga turut
diterapkan supaya anak-anak mengenal erti 'HORMAT'.
QAULAN SADIDA
ALLAH SWT berfirman, "Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah dan katakanlah perkataan yang benar." (Surah Al-Ahzab, Ayat 70).
Qaulan sadida bermaksud kata-kata yang benar dan mengandungi unsur-unsur nasihat yang baik. Prinsip ini menegaskan ibu bapa mengajar anak-anak bercakap
benar. Ini bermula dengan ibu bapa mesti bercakap benar walaupun dengan
anak-anak di bawah usia 2 tahun. Jangan sesekali bercakap bohong kepada
anak-anak.
QAULAN MA'RUFA
ALLAH SWT berfirman, "Janganlah kamu serahkan kepada orang-orang yang belum sempurna
akalnya, harta (yang ada dalam kekuasaanmu) yang dijadikan Allah sebagai
asas kehidupan. Beri mereka belanja dan pakaian (daripada hasil harta
itu) dan ucapkanlah kepada mereka kata-kata yang baik." (Surah An-Nisa'; Ayat 5).
Qaulan ma'rufa menegaskan agar ibu bapa berkomunikasi dengan anak-anak
menggunakan bahasa yang menyenangkan hati si anak. Bahasa yang penuh
dengan penghargaan dan kasih sayang.
QAULAN BALIGHA
ALLAH SWT berfirman, "Mereka itu adalah orang-orang yang Allah ketahui isi hatinya. Justeru,
berpalinglah kamu daripada mereka dan berilah mereka pelajaran, dan
katakan kepada mereka perkataan yang berbekas di dalam jiwa." (Surah An-Nisak: Ayat 63).
Konsep ini menjelaskan penggunaan kata-kata atau bahasa yang memberi kesan kepada jiwa anak-anak. Dengan menuturkan bahasa yang baik, fasih dan tepat serta membawa rasa takut kepada ALLAH.
QAULAN MAISURA
Allah S. W. T. berfirman, "Sekiranya kamu berpaling daripada mereka bagi memperoleh rahmat
daripada Tuhanmu yang kamu harapkan, katakanlah kepada mereka kata-kata
yang mudah."
Gunakan prinsip ini dengan menuturkan bahasa /
kata-kata yang sangat MUDAH dan RINGKAS ketika memberi arahan ataupun
meminta sesuatu kepada anak-anak. Pasti dengan senang hati anak-anak
akan menurut arahan kita.
QAULAN KARIMA
Firman Allah S.W.T. "Tuhan kamu memerintahkan supaya jangan menyembah selain Dia dan kamu
hendaklah berbuat baik kepada ibu bapa dengan sebaik-baiknya. Apabila
salah seorang antara keduanya atau kedua-duanya sudah lanjut usia dalam
pemeliharaanmu, jangan sesekali kamu mengatakan kepada keduanya
perkataan 'ah' dan jangan kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada
mereka perkataan yang mulia." (Surah Al-Isra': Ayat 23).
Didik
anak-anak dengan ucapan penuh PENGHORMATAN dan KEMULIAAN. Apabila sejak
kecil terdedah dengan bahasa-bahasa penghormatan dan kemuliaan,
insyaAllah begitulah tutur kata dan tingkah laku mereka sehingga dewasa
kelak.
* Mulai saat ni kita praktikakkan ok ;)
No comments:
Post a Comment