Comel kan Faizin? :-) ni masa umur 1 bulan lagi. Bagi puting sambil berbedung hehe tapi sekarang puting dia dah dibuang sebab tak pakai dah pun. Nak berbedung lagi la tak boleh haha sekarang kalau selimut kan dia mesti tangannya dikeluarkan pastu letak kat atas kepala macam ayahnya tidur hehehe
Post ini nak share sikit kelebihan berbedung sebenarnya. Ini amalan turun temurun yang masih relevan untuk diamalkan. Antara kebaikan berbedung adalah seperti berikut :
- Bayi tidak mudah terkejut dengan bunyi bising disekelilingnya. Jadi bayi dapat tidur dengan lena :) mama pun tidur lena juga hehe
- Membantu agar bayi rasa lebih selamat dan selesa. Kain bedung yang membalut bayi membuatkan bayi terasa seperti didalam kandungan ibunya
- Mengelakkan bayi dari menggosok dan mencakar mukanya sendiri terutama jika tidak dipakaikan sarung tangan
- Mengelakkan bayi dari menggawangkan tangannya ke atas – keadaan ini biasanya terjadi apabila bayi terkejut disebabkan oleh bunyi yang kuat disekelilingnya
- Membantu bayi menyesuaikan diri dengan suhu persekitarannya selepas keluar daripada rahim ibu.
- Supaya kakinya lurus apabila besar.

No comments:
Post a Comment