Wednesday, 31 July 2013

Puasa vs Solah

Puasa dah masuk hari ke 22. Tinggal lagi 7 je sebelum Ramadan melabuhkan tirainya. Saya bukan nak cerita pasal puasa sebab patut kena share dari awal bulan Ramadan lagi hehe tapi post kali ini saya tertarik dengan kata Al-Fadil Uztaz Dato' Hassan Din.

Beliau ada bercakap mengenai puasa untuk anak-anak. Beliau berkata, yang lebih kurang saya ambil intipatinya, kita sibuk suruh anak puasa tetapi Nabi SAW suruh anak solah umur 7 tahun rotanlah jika anak tak solat umur 10 tahun. Nabi SAW menekankan solah dulu berbanding puasa.

Menarik tak? situasi sekarang kalau pasal puasa, jenuh ibu bapa paksa anak puasa. Suruh bangun sahur, digula-gulakan (bukan bagi makan gula-gula ye =) ) dengan duit raya tapi penekanan tentang solah? Sebenarnya solah adalah amalan yang lebih utama untuk diberi penekanan kepada anak-anak sebab apabila anak-anak sudah menjaga solah insyaAllah dia akan lebih mudah menjaga amalan lain.

Solah ibarat kepala kepada badan. Jika meninggalkan solah, ibarat orang itu seperti orang mati. Jadi kalau dia buat amalan lain banyak mana sekalipun tapi kalau tak jaga solah, semua amalan itu tak berguna. Solah adalah amalan pertama yang akan dihisab oleh Allah SWT. Jika solah Allah terima, maka semua amalan lain Allah akan terima juga.

Jadi hebat kan solah ni! Justeru, saya menyeru semua ibu bapa disamping kita menggalakkan anak kita berpuasa adalah lebih penting untuk menggalakkan mereka menjaga solah. apabila mereka menjaga solah pasti seluruh kehidupan mereka akan datang akan lebih mudah. Pendidikan solah perlu bermula dari sekarang sehinggalah mereka menjaga dewasa. Bukan sekadar mereka baligh, kita dah lepas tanggungjawab.

Semoga kita semua dapat menjaga solah seperti yang dituntut oleh Allah SWT,amin.

No comments:

Post a Comment