Fitrah
anak-anak memerlukan didikan dan asuhan yang sempurna agar menjadi
khalifah terulung di muka bumi Allah ini. Khalifah yang hidupnya
berteraskan Al-Quran dan As-Sunnah. Bukan berteraskan hawa nafsu semata-mata.
Justeru, didikan ini MESTI bermula ketika mereka dalam rahim ibunya.
Al-Quran menjadi sumber utama untuk mendidik khalifah-khalifah yang
bakal lahir.
Pastikan ibu bapa membaca kalam Allah setiap hari
dan sekurang-kurangnya khatam 1x sepanjang tempoh 9 bulan mengandung.
Penghayatan Quran juga metilah diterapkan dalam jiwa, bukan sekadar membaca sahaja. Jadikan
surah-surah tertentu sebagai amalan yang tidak pernah putus sepanjang tempoh kehamilan.
InsyaAllah ;-)
No comments:
Post a Comment