Tuesday, 11 June 2013

Anak Soleh

Kita renung kembali sebuah hadis Nabi SAW yang lebih kurang maksudnya apabila mati seorang anak adam akan terputus semua amalannya kecuali 3 perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat & doa anak soleh. Maaf saya tak menulis masnadnya & hadis tersebut secara harfiah kerana saya bukan ahlinya. cuma saya akan berkongsi akan maksud dan mafhum hadis tersebut mengikut apa yang saya telah belajar dari uztaz. 

Apabila seorang tersebut sudah meninggal dunia, hanya yang di bawa ke kubur hanyalah iman & amal sahaja. segala harta kekayaan, pangkat darjat, wang jutaan ringgit, rumah mahligai dan segala macam kebesaran duniawi akan ditinggalkan didunia dan menjadi milik warisnya. Adakah cukup amalan yang kita bawa itu untuk berjumpa Allah SWT, ditimbang di necara amalan kita, dihadapkan di Mahkamah Allah? hanya Allah sahaja yang tahu. kita pun tak tahu sama ada amalan yang kita buat didunia mencukupi atau tidak. jadi sebagai persiapan, kita perlu menyediakan amalan yang akan tetap ditulis di buku amalan kebajikan kita walaupun kita sudah meninggal dunia. 

Berbalik kepada hadis di atas, dengan 3 perkara dalam hadis tersebut yang membolehkan kita masih memperoleh pahala amal kebajikan walaupun kita sudah meninggal dunia. saya tidak akan fokus kepada sedekah jariah & ilmu yang bermanfaat kerana bukan itu maksud tajuk ini tetapi lebih kepada anak yang soleh. mungkin di lain masa kita boleh bincangkan serba sedikit mengenai sedekah jariah & ilmu bermafaat apa huraiannya. 

Apa yang anak soleh boleh membantu memberatkan amalan ibu bapanya di dalam kubur. sudah semestinya doa daripada anak yang soleh. setiap lepas solah anak yang soleh akan mendoakan kesejahteraan ibu bapanya di kubur. bukan itu sahaja, pahala amalan anak soleh juga akan dimasukkan ke buku amalan ibu bapanya tanpa dikurangkan sedikit pun pahala amalan tersebut. solah, puasa, zakat, sedekah, zikir, bacaan Al Quran anak yang soleh akan menerangi kubur ibu bapanya. 

Ini adalah kerana ibu bapalah penyebab anak soleh melakukan amalan kebajikan tersebut. hasil didikan dan tarbiah ibu bapa maka terbentuklah anak yang sentiasa mentaati perintah Allah SWT. justeru, tanggungjawab bapa bukan sekadar makan minum, pakaian, tempat tinggal sahaja maah lebih dari itu iaitu menjadi pendidik supaya anak menjadi orang yang patuh perintah Allah. Tanggungjawan bapa sebagai pendidik akan dikupas pada masa akan datang. 

Oleh itu, anak soleh merupakan antara pembantu utama dalam menyelamatkan kita dari azab Allah SWT. Walaubagaimanapun perlu diingat, hanya dengan rahmat Allah SWT kita akan terlepas dari azab Allah dan dimasukkan ke dalam syurga Nya. Amalan kita, doa anak soleh merupakan cara untuk kita menarikm rahmat Allah SWT.

No comments:

Post a Comment