Thursday, 20 June 2013

Kebaikan susu ibu kepada bayi

Alhamdulillah, sehingga ke hari ini, saya berjaya menyusukan anak bijak bestariku, Faizin =) kalau bagi susu formula pun, akhir sekali mesti nak menyusu badan juga. Moga Faizin jadi anak yang soleh, hafiz, kaya & berjaya, amin!

Seperti yang dijanjikan, saya nak berkongsi kelebihan susu ibu kepada bayi. Semoga semua kelebihan yang saya kongsikan menjadi galakan untuk semua ibu menyusukan bayi masing-masing sepenuhnya.

Kelebihan susu ibu :
1) Susu ibu tidak boleh dirosakkan bakteria. Sah sah memang tak boleh rosak sebab datang dari badan kan =)
Susu formula macam-macam benda nak dijaga bagi tak rosak. Botol kena rebus nak bunuh bakteria, sebelum bancuh susu kena basuh tangan, masa nak larutkan susu tak boleh goncang kuat-kuat takut masuk angin, so kena goncang perlahan-lahan. Banyakkan prosedurnya! So, pilihlah susu ibu ye =)

2) Bayi yang menyusu susu ibunya mempunyai ketahanan badan melawan bakteria yang lebih tinggi. Bayi susu ibu biasanya jarang sakit. Susu ibu boleh mengelakkan demam selsema, cirit birit dan alahan.
 Contoh mudah macam Faizin. Kali pertama dia demam masa umurnya 6 bulan! masa berpantang, alhamdulillah tak pernah demam. Alhamdulillah berkat susu mama =)

3) Susu ibu lebih mudah dicernakan. Sistem perkumuhan bayi kurang bekerja kalau kerap minum susu ibu. Sebab itu kot bayi susu ibu jarang cirit birit @ sembelit.

4) Mulut, bibir, rahang dan lidah bayi susu ibu lebih kuat sebab bayi kena bekerja keras untuk menghisap susu ibu. Otot-otot disekitar kawasan mulut juga bekerja keras untuk memastikan susu keluar.

5) Hubungan ibu dengan bayi akan lebih erat. Nak susukan bayi mesti la kena peluk mereka kan. So setiap kali nak menyusukan bayi, peluk mereka, terpancarlah kasih sayang kepada anak kita, chewah! =)

6) Kajian juga menunjukkan, bayi yang mendapat susu ibu sepenuhnya mempunyai tahap IQ yang lebih baik berbanding bayi yang kurang mendapat susu ibu =) InsyaAllah Faizin jadi seorang yang Bijak Bestari =)

Ok, ini lebih kurang kelebihan susu ibu kepada bayi. Tapi sebenarnya menyusukan bayi pun bagus untuk emaknya. Nak tahu apa kelebihan untuk ibu pulak? Tunggu post seterusnya =)

Wassalam.

No comments:

Post a Comment