Sentiasa
libatkan anak-anak ketika melakukan aktiviti harian lebih-lebih lagi
apabila membuat kerja-kerja rumah. Sebagai contoh membasuh baju, memasak, menikmati
hidangan, mengemas, menyapu, melipat baju, bahkan mencuci kereta.
Aktiviti yang dibuat bersama-sama akan menambahkan lagi kemesraan dan
mewujudkan suasana komunikasi dua hala yang berkesan. Anak-anak pun tak
lokek bercerita perihal diri, kawan-kawan, guru-guru dan sekolah mereka.
Dengan aktiviti atau apa jua bentuk riadah keluarga akan cenderung merangsang emosi positif anak-anak. Wujudnya kasih sayang, sifat bertolak ansur dan nilai kekeluargaan yang tinggi di kalangan mereka.
Alangkah indahnya hidup berkeluarga! ;-)
No comments:
Post a Comment