Fitrah
anak-anak memerlukan didikan dan asuhan yang sempurna agar menjadi
khalifah terulung di muka bumi Allah ini. Khalifah yang hidupnya
berteraskan Al-Quran dan As-Sunnah. Bukan berteraskan hawa nafsu semata-mata.
Justeru, didikan ini MESTI bermula ketika mereka dalam rahim ibunya.
Al-Quran menjadi sumber utama untuk mendidik khalifah-khalifah yang
bakal lahir.
Pastikan ibu bapa membaca kalam Allah setiap hari
dan sekurang-kurangnya khatam 1x sepanjang tempoh 9 bulan mengandung.
Penghayatan Quran juga metilah diterapkan dalam jiwa, bukan sekadar membaca sahaja. Jadikan
surah-surah tertentu sebagai amalan yang tidak pernah putus sepanjang tempoh kehamilan.
InsyaAllah ;-)
Melakar impian bermula hanya dari rumah sebagai Suri Profesional. Sematkan niat Lillahi Ta'ala. Pasti cita-cita didakap penuh kasih mesra. Dengan izin Allah pastinya. Diiringi restu dari suami dan anak-anak tercinta. Amin.
Tuesday, 29 October 2013
Beraktiviti bersama
Sentiasa
libatkan anak-anak ketika melakukan aktiviti harian lebih-lebih lagi
apabila membuat kerja-kerja rumah. Sebagai contoh membasuh baju, memasak, menikmati
hidangan, mengemas, menyapu, melipat baju, bahkan mencuci kereta.
Aktiviti yang dibuat bersama-sama akan menambahkan lagi kemesraan dan mewujudkan suasana komunikasi dua hala yang berkesan. Anak-anak pun tak lokek bercerita perihal diri, kawan-kawan, guru-guru dan sekolah mereka.
Dengan aktiviti atau apa jua bentuk riadah keluarga akan cenderung merangsang emosi positif anak-anak. Wujudnya kasih sayang, sifat bertolak ansur dan nilai kekeluargaan yang tinggi di kalangan mereka.
Alangkah indahnya hidup berkeluarga! ;-)

Selami emosi anak
Layanlah
dan nilailah anak-anak kecil mengikut apa yang mereka rasa. Mereka juga
beremosi seperti kita orang dewasa. Jangan biarkan emosi mereka berlalu
pergi tanpa perhatian dan belaian terutama keseronokan serta
kegembiraan yang mereka lalui.
Perhatikan perasaan mereka ketika membeli-belah barang-barang baru. Keseronokan yang tidak tergambar oleh kata-kata. Selamilah hati dan perasaan anak-anak. Indahnya hanya terbit di lubuk hati ibu bapa.
Mereka menggambarkan kita semasa kecil. Zaman kanak-kanak ribena. Begitukah kita?

Anak Genius
Setiap anak yang lahir adalah GENIUS,
Malah dari dalam rahim ibu lagi mereka adalah GENIUS,
Namun GENIUS mereka semakin pupus dari hari pertama mereka dilahirkan,
Mengapa?
Kerana corak dan warna anak ditentukan oleh peranan IBU BAPA !
Malah dari dalam rahim ibu lagi mereka adalah GENIUS,
Namun GENIUS mereka semakin pupus dari hari pertama mereka dilahirkan,
Mengapa?
Kerana corak dan warna anak ditentukan oleh peranan IBU BAPA !
Subscribe to:
Comments (Atom)