Apa khabar pagi ini? Semoga dilimpahi kesihatan yang cemerlang dari Ilahi. Amin. Agaknya hari ni lebih bersemangat dari semalam ke atau sebaliknya? Kita sebagai suri yang 24 jam setia di rumah, mengadap 4 penjuru sudut dinding, tapi alhamdulillah ada wifi di hujung jari ;-) Kena sentiasa pastikan semangat dan emosi stabil. Walaupun nak kata sentiasa positif, tidak la sangat kan (apa tidaknya, bergelut berganyang dengan hero heroin yang tengah lasak kan ;-)). Cuma kestabilan serta kewarasan dari segi pengurusan emosi kena tip top.
Sebab apa ya? Bila kita dapat urus emosi dengan cemerlang (bukan setakat baik saja tapi cemerlang), insyaAllah pengurusan kerja-kerja lagi ikut tip top meletop. Spiritual dalaman itu yang penting. Bak kata Prof Dr Muhaya, 'Dunia dalaman menentukan dunia luaran'. Apa yang kita fikir dan sangka (baik dalam hati, emosi, jiwa) menetukan tindakan yang kita lakukan dan menghasilkan kesan pada luaran kita. Jadi berhati-hatilah dengan apa jua fikiran dan emosi kita.
Entri sebelum ni, saya ada berkongsi tentang rahsia kejayaan suri. Ingat tak apa dia? Siapa dah baca? Cuba kongsikan? ;-) 'Rahsianya ialah 'Bangun seawal jam 4 pagi'. Kepada yang belum baca, boleh rujuk di sini http://diarisuriprofesional.blogspot.my/2015/11/rahsia-kejayaan-buat-suri.html.
'Pengurusan emosi yang cemerlang merupakan langkah ke 2 rahsia kejayaan buat suri rumah'.
Berikut tips untuk mengurus emosi yang pastinya sentiasa turun naik dek kerana tugasan-tugasan di rumah yang sangat lah 'menduga'. Bukan saja tugasan kerja di luar rumah (bagi yang bekerjaya), bahkan di dalam rumah juga (suri rumah) boleh 'tahan juga cabarannya'. Tipsnya ialah :
1] NIAT - Set kan niat sangat penting dalam apa jua yang kita lakukan. Niat yang utama adalah kita buat kerana Allah SWT semata-mata (Lillahi Ta'ala).
2] PERINTAH ALLAH SWT , SUNNAH RASULULLAH SAW - Jaga hubugan dengan Allah SWT betul-betul. Jaga solat di awal waktu, zikir, doa, mengaji al-Quran. Amalkan rutin harian ikut sunnah Rasulullah SAW.
3] JADUAL HARIAN - Senaraikan tugasan yang kita nak buat setiap hari. Bahagikan tugasan kepada 3 bahagian. Pertama, tugasan yang paling utama. Kedua, tugasan yang utama. Ketiga, yang kurang utama.
- Paling utama : Contoh, selalunya kita fokus bila anak dah bangun. Apa yang patut kita lakukan? Layan dan siapkan keperluan anak sampai mereka gembira dan boleh dilepaskan sendiri untuk bermain, membaca sendiri atau menonton tv tanpa merengek dan memerlukan perhatian kita secara berlebihan.
- Utama : Misalnya, waktu anak dah tidur / tengah tidur. Banyak benda nak kena selesaikan. Memasak, cuci pinggan, mengadap gadjet untuk layan pelanggan (kepada yang berbisnes atau penulis bebas atau yang sewaktu dengannya). Kena bahagikan mana yang nak dahulukan. Lebih bagus uruskan kerja rumah di selang seli dengan menaip di gadjet. InsyaAllah.
- Kurang utama : Contoh, basuh baju, lipat baju dan kemas rumah. Sebab aktiviti ni boleh dibuat dengan pasangan dan anak-anak. Sambil ajak mereka beraktiviti bersama. Mauskkan baju dalam mesin sama-sama. Sidai baju, mengemas mainan sama-sama. Selalunya bab kurang utama ni, anak-anak nak meleset-leset dengan kita. Nak kita ada kat sebelah kita sentiasa.
4] FIKIR DAN SEBUT YANG BAIK-BAIK - Nak selalu positifkan diri, set kan dalaman yang baik-baik dan insyaAllah yang keluar melalui percakapan/tindakan pun yang baik-baik. Ya betul, kita manusia biasa. Boleh jadi 'angin' juga kalau dah macam-macam hal kan. Tapi, percayalah sekurang-kurangnya kita boleh kawal apa yang boleh kita kawal, Yang selebihnya di luar kawalan kita, kita mohon Allah aturkan, Allah Ya Baari (Maha Pengatur).
5] SENYUM SOKMO - Tanpa meninggalkan aktiviti senyuman, insyaAllah kita dah tebarkan aura positif di sekeliling kita. Positif tarik positif, betulkan kan?
* Ini adalah hasil apa yang saya buat dan usahakan dengan izin Allah SWT. Suka nak kongsikan, semoga ada manfaatnya pada yang bergelar suri. Tak kisah la pada suri rumah ke, suri rumah bekerjaya ke atau suri bekerjaya. Untuk suami suri pun boleh juga ;-)
* Selamat mencuba!
![]() |
| Sumber : Uncle Google - Emosi suri rumah yang warna-warni ;-) |
Salam Semangat Membara
Ida Hani Ali
7.11.2015

No comments:
Post a Comment