Tuesday, 22 December 2015

Tips Suri : 7 Syarat Isteri Bekerja Di Luar Rumah

Assalamualaikum wbt duhai suri-suri yang bijak bestari ;-)
smile emoticon
Berikut dikongsikan 7 tips buat suri yang menggalas jawatan di luar rumah. Buat kerja molek-molek tau! Happy working..

Sumber : Galeri sendiri. Semoga bermanfaat ya ;-)
Suri di rumah, tengah buat apa? Tengah bergelut dengan anak-anak lagi? Atau dah bersiap sedia untuk masuk dapur? Happy cooking okey..
Apapun yang sedang kita usahakan. Jangan stress tau! Niat dan buat kerana Allah SWT.
Tapi, memang tak dinafikan. Sebagai manusia biasa mood tu selalu juga ke laut. Kalau macamni situasinya, banyak-banyak ingat Allah. Istighfar. 
InsyaAllah. Allah bantu bagi kekuatan ya ;-) Serah pada Allah SWT.

Salam Suri
Ida Hani Ali
22.12.2015 

Tuesday, 8 December 2015

Tips 'Termarah Anak'

Assalamualaikum wbt duhai suri-suri yang hebat :)

Dikongsikan di sini tips kalau 'termarah anak-anak'..

Kata kunci ---> SAY SORRY

Biasakan diri kalau 'terlepas marah' pada anak-anak, lepas tu minta maaf dengan mereka. 

Pastikan hati dua-dua dah sejuk dan minta maaf dengan skill tersendiri. Contoh, dalam nada gurau. Tapi tegas dalam sayang.

Nasihat bagitau mana yang elok dan tak elok. Sebut yang elok dan kesan positif dulu baru yang negatif. Bagi dia hadam lumat-lumat.

Esok-esok, kalau dia buat lagi. Ulang benda yang sama walaupun kita kadang jadi 'singa betina' hehe

Lama-lama, tau tak apa yang jadi? 

Kalau anak buat salah, kita belum keluar suara. Cukup dengan jeling / muka garang sikit, dia akan cepat-cepat cakap..

"Sorry mama"
"Minta maaf mama"

Sambil senyum / sengih-sengih nak tarik perhatian kita. Haa part tu mama nya dah cair dah :) so, boleh terus slow talk atau puji anak-anak.

Paling penting, mak bapak kena banyak istighfar. Didik anak bukan setakat cakap panjang berjela. 

Tapi, mesti banyak bertaubat, berdoa dan tunjuk perbuatan yang tip top. Lebih-lebih lagi generasi alpha (gen-alpha) sekarang ni.

Mudahan Allah ampunkan kita semua. Amin. Semoga bermanfaat.


             Sumber : Uncle Google

Salam Suri
Ida Hani Ali
8.12.2015

Tuesday, 1 December 2015

Buku Tip Didik Anak Gaya Nabi

 Sumber foto : Dari sahabat Puan Akma

Assalamualaikum wbt suri yang cantik menawan :)

Rasa teringin pula nak baca buku '365 tip didik anak gaya Nabi.' Ditulis oleh Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki. Ada yang nak join saya?

Mudahan Allah rezekikan saya dan teman suri semua untuk membaca buku ini. InsyaAllah. Mesti terkandung ilmu yang bermanfaat. Amin.

Salam Suri
Ida Hani Ali
1.12.2015

Monday, 30 November 2015

Buku Suri Profesional

Sumber : Album sendiri. Buku Suri Profesional coming soon insyaAllah ;-)

Assalamualaikum wbt suri yang gojes. 

Masih menanti buku Suri Profesional keluar gudang. InsyaAllah doakan yang terbaik ya. Semoga dipermudahkan semua. Amin. 

Senyum di hari terakhir November 2015 ini :)

Salam Suri
Ida Hani Ali
30.11.2015

Friday, 27 November 2015

Terapi Buat Suri Rumah Agar Sentiasa Bahagia


Sumber : Album sendiri. Rasa bahagia itu harus pada apa yang dimiliki ;-)

Assalamualaikum wbt wahai Suri Profesional :)

Berbahagialah dengan apa jua yang berada di sisi kita saat dan tika ini. Bersyukur dan nikmatinya. Alhamdulillah.

Salam Suri
Ida Hani Ali
27.11.2015

Tuesday, 17 November 2015

Pengurusan Emosi Penting Bagi Suri Rumah Profesional

Assalamualaikum wbt sahabat suri :)

Apa khabar semua? Jom tenung dan renung-renungkan bait kata-kata di bawah:

     Sumber : Album sendirian berhad ;)

* Setiap wanita di atas muka bumi Allah ini menggalas amanah yang telah diserahkan oleh Allah. Angkatlah martabat diri sebagai Suri Profesional Lillahi Ta'ala. InsyaAllah :)

Ok gudnite semua!!! Wassalam.

Salam Inspirasi
Ida Hani Ali
17.11.2015

Saturday, 14 November 2015

Terapi Buat Suri Rumah Profesional :)

Assalamualaikum wbt wahai suri-suri :)

Tak perlu menunggu datangnya keajaiban dalam hidup.

Tetapi, mencipta hidup yang ajaib itu yang buat kita akan lebih teruja.

Dengan izin Allah. Amin.




* Kami memang suka pink! :)

Ok selamat malam..

Salam Suri
Ida Hani Ali
14.11.2015

Friday, 13 November 2015

Galakkan Anak-Anak Beraktiviti

Assalamualaikum wbt. suri idaman :)

Buat suri yang mengadap anak hari-hari. Best ke tersangat best sebenarnya? Walaupun hakikatnya, macam-macam kerenah, keletah dan ragam mereka. Ada saja kan idea dan aktivitinya!

Kadangkala, sampai jadi macam tarzan kan wahai ibu-ibu :D Ada yang jadi macam saya tak?? Namun, merekalah penawar duka dan lara kan. Betul? Siapa tak sayang anak kan teman? 

Foto di bawah; Pagi-pagi lagi melayan si kecik menikmati alam yang luas terbentang. Mengagumi ciptaan Tuhan Yang Maha Agung, Allah 'Azza Wajalla. Alhamdulillah ya Syakur..

Oh Al Fateh mama! Abangnya, Faizin masih sedap lena lagi :)




* Bila anak-anak dah tidur, rasa rindu pulak :)

Ok, jumpa lagi ya esok. InsyaAllah. Mesti ada cerita terbaru dari anak-anak syurga. Wassalam.

Salam Suri
Ida Hani Ali
13.11.2015

Thursday, 12 November 2015

Galakkan Anak-Anak Berkreativiti

Assalamualaikum wbt.

Suri-suri sekalian, sepanjang hari anak-anak syurga buat apa? Cuba tengok hero-hero saya..yahooooo!

Bak kata orang, 'sel-sel otak tengah berhubung dengan jayanya' kan :)

Layankannn sajalah..walau rumah dah macam tongkang pecah dah :-)

      Faizin dan Fateh dengan gayanya!

Ok bye. Selamat malam semua..

Salam Suri
Ida Hani Ali
12.11.2015

Wednesday, 11 November 2015

Tips Anak Berkreativiti

Assalamualaikum wbt.

Biarkan saja anak-anak syurga berkreativiti di atas buku, di atas kertas dan di dalam rumah tanpa had sempadan. 

+ Jangan ditegah. Jangan dilarang.
+ Jangan digesa. Jangan didesak.
+ Teruskan bagi sokongan. Dan pujian atas kejayaan.

Pasti mereka semakin bersemangat :)

Selamat malam semua!

                 Hasil kaler Faizin :)

Salam Suri
Ida Hani Ali
11.11.2015

Tuesday, 10 November 2015

Tips Anak Tidur Awal Malam

Assalamualaikum wbt suri sekalian :)

Betulkan, anak-anak yang tengah membesar, cukup lasak, ligat dan lincah! Kusss semangat melayannya :) 

Banyak-banyaklah bersyukur dan bersabar wahai suri-suri..

Mungkin tips ini membantu kaum suri untuk berehat awal di malam hari. Apa tidaknya, anak-anak dah jadi hero heroin di siang hari, bagi 'chance' la pada kaum ibu nak 'berfoya-foya' waktu malam. 

Boleh lah meluruskan pinggang, melunjurkan kaki dan merebahkan badan. InsyaAllah.

Antara tipsnya :

+ Biarkan anak berkreativiti di siang hari sampai betul-betul penat. Layankan saja.

+ Kalau boleh jangan bagi tidur terlajak lama waktu siang. Dalam lingkungan 1 jam ke 1 jam setengah masih ok lagi.

+ Bila hari hampir merangkak senja, mandikan bersih-bersih dengan siap makan sampai kenyang. Boleh juga susu sekali harung (bagi yang masih berbotol susu/breastfeed).

+ Lepas maghrib, layan anak-anak mengadap Quran/Muqaddam dan buku-buku. Galakkan menulis, mewarna. Menconteng pun tak apa. Tetapi, elakkan dari bermain mainan

Dan lihat hasilnya selepas Isya'. Paling lewat pun jam 9-9.30 malam. InsyaAllah dengan izin Allah. Boleh lah ibu-ibu beraktiviti sendiri pula ya!!

   Faizin telah selamat belayar lepas Isya'.

Selamat mencuba! Selamat malam semua..

Salam Rehat
Ida Hani Ali
10.11.2015


Monday, 9 November 2015

Buku SURI PROFESIONAL Bakal Terbit. Excited!

Assalamualaikum wbt suri-suri yang hebat ;-) Selamat petang..

Izinkan saya berkongsi sesuatu. Buku Suri Profesional yang bakal terbit tidak lama lagi. InsyaAllah, doakan ia dipermudahkan oleh Allah SWT dengan sehabis-habis mudah.  

Buku Suri Profesional - Perkongsian Kisah Benar Suri Rumah ;-)

SINOPSIS :

* Kisah benar dari pengalaman sebenar suri yang ingin meraih cinta Ilahi, menjadi suri di hati suami dan anak-anak.



* Memperkemas tautan kepada Sang Pencipta dalam mengharungi tuntutan dunia sebagai jambatan ke Syurga.



* Menyelami konflik keyakinan diri, hubungan sosial dan persepsi mengundang rezeki dalam rumah tangga.



* Tip-tip santai, namun berimpak tinggi demi mengangkat martabat seorang isteri sebagai Suri Profesional.



* Menangani cabaran alam rumah tangga dengan meletakkan 100% pergantungan kepada Allah Maha Esa.



--> Terima kasih sahabat kerana membaca sinopsis ;-) Haaa..jangan lupa dapatkan naskah anda tau nanti !

Salam Suri Profesional
Ida Hani Ali
9.11.2015

Sunday, 8 November 2015

Tips Penawar Penat Lelah

Assalamualaikum wbt wahai suri-suri jutawan.

Sebelum masuk tidur, jangan lupa zikirkan Tasbih Fatimah ya :)

Subhanallah 33x
Alhamdulillah 33x
Allahuakbar 34x
Lailahaillallah, Muhammad Rasulullah

Ini ubat paling mujarab buat penawar rasa penat lelah dan letih lesu. Maklum, sepanjang hari kita bergelut dengan macam-macam urusan. 

Amalkan juga lepas setiap kali solat. InsyaAllah, nanti rasa sentiasa bertenaga nak buat apapun. Dah tak payah dah ambil minuman kacip fatimah ke apa ke :)

Inilah yang Nabi SAW ajarkan kepada Puteri Baginda SAW, Hadzrat Fatimah rha. Sesungguhnya, ganjarannya lebih besar dan lagi hebat dari seorang hamba. 

Wallahua'lam. 

Kita usaha dan ikhtiar ya. Selamat malam semua wahai cinta hati :)

Salam Tasbih
Ida Hani Ali
8.11.2015
        Jom tidur Zzzzzzzzzzzzzzzz :-D

Saturday, 7 November 2015

Tips Semangat Suri Rumah Bekerja

Assalamualaikum wbt wahai suri-suri yang cantik manis ;-)

Apa khabar pagi ini? Semoga dilimpahi kesihatan yang cemerlang dari Ilahi. Amin. Agaknya hari ni lebih bersemangat dari semalam ke atau sebaliknya? Kita sebagai suri yang 24 jam setia di rumah, mengadap 4 penjuru sudut dinding, tapi alhamdulillah ada wifi di hujung jari ;-) Kena sentiasa pastikan semangat dan emosi stabil. Walaupun nak kata sentiasa positif, tidak la sangat kan (apa tidaknya, bergelut berganyang dengan hero heroin yang tengah lasak kan ;-)). Cuma kestabilan serta kewarasan dari segi pengurusan emosi kena tip top.

Sebab apa ya? Bila kita dapat urus emosi dengan cemerlang (bukan setakat baik saja tapi cemerlang), insyaAllah pengurusan kerja-kerja lagi ikut tip top meletop. Spiritual dalaman itu yang penting. Bak kata Prof Dr Muhaya, 'Dunia dalaman menentukan dunia luaran'. Apa yang kita fikir dan sangka (baik dalam hati, emosi, jiwa) menetukan tindakan yang kita lakukan dan menghasilkan kesan pada luaran kita. Jadi berhati-hatilah dengan apa jua fikiran dan emosi kita.

Entri sebelum ni, saya ada berkongsi tentang rahsia kejayaan suri. Ingat tak apa dia? Siapa dah baca? Cuba kongsikan? ;-)  'Rahsianya ialah 'Bangun seawal jam 4 pagi'.  Kepada yang belum baca, boleh rujuk di sini http://diarisuriprofesional.blogspot.my/2015/11/rahsia-kejayaan-buat-suri.html.

'Pengurusan emosi yang cemerlang merupakan langkah ke 2 rahsia kejayaan buat suri rumah'.

Berikut tips untuk mengurus emosi yang pastinya sentiasa turun naik dek kerana tugasan-tugasan di rumah yang sangat lah 'menduga'. Bukan saja tugasan kerja di luar rumah (bagi yang bekerjaya), bahkan di dalam rumah juga (suri rumah) boleh 'tahan juga cabarannya'. Tipsnya ialah :

1]  NIAT - Set kan niat sangat penting dalam apa jua yang kita lakukan. Niat yang utama adalah kita buat kerana Allah SWT semata-mata (Lillahi Ta'ala).

2] PERINTAH ALLAH SWT , SUNNAH RASULULLAH SAW - Jaga hubugan dengan Allah SWT betul-betul. Jaga solat di awal waktu, zikir, doa, mengaji al-Quran. Amalkan rutin harian ikut sunnah Rasulullah SAW.

3] JADUAL HARIAN - Senaraikan tugasan yang kita nak buat setiap hari. Bahagikan tugasan kepada 3 bahagian. Pertama, tugasan yang paling utama. Kedua, tugasan yang utama. Ketiga, yang kurang utama.

- Paling utama : Contoh, selalunya kita fokus bila anak dah bangun. Apa yang patut kita lakukan? Layan dan siapkan keperluan anak sampai mereka gembira dan boleh dilepaskan sendiri untuk bermain, membaca sendiri atau menonton tv tanpa merengek dan memerlukan perhatian kita secara berlebihan.

- Utama : Misalnya, waktu anak dah tidur / tengah tidur. Banyak benda nak kena selesaikan. Memasak, cuci pinggan, mengadap gadjet untuk layan pelanggan (kepada yang berbisnes atau penulis bebas atau yang sewaktu dengannya). Kena bahagikan mana yang nak dahulukan. Lebih bagus uruskan kerja rumah di selang seli dengan menaip di gadjet. InsyaAllah.

- Kurang utama : Contoh, basuh baju, lipat baju dan kemas rumah. Sebab aktiviti ni boleh dibuat dengan pasangan dan anak-anak. Sambil ajak mereka beraktiviti bersama. Mauskkan baju dalam mesin sama-sama. Sidai baju, mengemas mainan sama-sama. Selalunya bab kurang utama ni, anak-anak nak meleset-leset dengan kita. Nak kita ada kat sebelah kita sentiasa.

4] FIKIR DAN SEBUT YANG BAIK-BAIK - Nak selalu positifkan diri, set kan dalaman yang baik-baik dan insyaAllah yang keluar melalui percakapan/tindakan pun yang baik-baik. Ya betul, kita manusia biasa. Boleh jadi 'angin' juga kalau dah macam-macam hal kan. Tapi, percayalah sekurang-kurangnya kita boleh kawal apa yang boleh kita kawal, Yang selebihnya di luar kawalan kita, kita mohon Allah aturkan, Allah Ya Baari (Maha Pengatur).

5] SENYUM SOKMO - Tanpa meninggalkan aktiviti senyuman, insyaAllah kita dah tebarkan aura positif di sekeliling kita. Positif tarik positif, betulkan kan?

* Ini adalah hasil apa yang saya buat dan usahakan dengan izin Allah SWT. Suka nak kongsikan, semoga ada manfaatnya pada yang bergelar suri. Tak kisah la pada suri rumah ke, suri rumah bekerjaya ke atau suri bekerjaya. Untuk suami suri pun boleh juga ;-)

* Selamat mencuba!

Sumber : Uncle Google - Emosi suri rumah yang warna-warni ;-)

Salam Semangat Membara
Ida Hani Ali
7.11.2015            







Thursday, 5 November 2015

Rahsia Kejayaan Buat Suri

Sumber : Uncle Google

Assalamualaikum wbt dan Salam ceria penuh bahagia. Buat suri khasnya dan semua sahabat umumnya ;) Apa khabar pagi ini? Menu apa untuk famili tercinta?

Agaknya kan, apa rahsia kejayaan seorang suri? Walaupun bergelar dan menyandang jawatan suri, tidak bermakna suri-suri tidak perlu matlamat untuk berjaya. Semua orang idamkan kejayaan. Apatah lagi seorang suri yang memiliki berhelai-helai ijazah pendidikan. Pastilah mereka lebih berusaha untuk mencipta kejayaan berganda-ganda hanya dari rumah. Betul, betul?

Setiap kejayaan mesti bermula dengan LANGKAH PERTAMA. Apakah dia langkah tersebut? Mari saya kongsikan untuk rujukan dan renungan bersama.

LANGKAH PERTAMA :

'BANGUN SEAWAL JAM 4 PAGI.'  

1] Biasakan rutin harian dengan bangun seawal jam 4 pagi. Di tengah keheningan subuh yang syahdu mendamaikan jiwa. Bangun membersihkan diri dan menunaikan hak Allah SWT di atas tikar sejadah. Berbicara cinta dengan Ilahi. Dan menyerahkan diri kepada-Nya agar diberi kekuatan untuk menempa hari-hari dengan penuh cantik dan tersusun. Allah Ya Baari' (Allah Maha Mengatur).

2] Di sambung dengan kerja di hadapan laptop. Mungkin menulis (bagi penulis bebas) atau melayan pertanyaan pelanggan (bagi yang berniaga) di media sosial, email, whatsapp dan sebagainya. buat sehingga masuk waktu Subuh.

3]  Apabila azan Subuh sudah berkumandang, terus menunaikan solat Subuh, berzikir, berdoa dan mengaji.

4] Menyediakan rutin sarapan pagi. Menyediakan kelengkapan baju dan bekalan air untuk suami ke tempat kerja serta anak-anak ke sekolah. Mungkin, ada juga sambil melayan anak kecil yang dah bangun pagi-pagi hari. Di sambung lagi dengan menghantar anak-anak (abang, kakak) ke sekolah andai itu termasuk dalam tugasan kita sebagai suri.

**********

Ya, kata kuncinya ialah bangun seawalnya sebelum Subuh menjelang. Secara tak langsung, kita akan rasai keberkatan masa. Apa kerja pun terasa seakan 'smooth' sahaja. Bukankah kita seorang Suri Profesional ;-)

Cubalah. Anda akan nikmati keajaibannya! I love my SOHO, I love my job! ;-)

Salam Inspirasi,
Ida Hani Ali
5.11.2015    

    

Wednesday, 4 November 2015

Salam Semangat dari Minda Jatuh ke Emosi.

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum wbt. sahabat dikasihi Allah.
Salam pagi yang indah dan ceria.
Semoga Allah memberkati kalian dengan rahmat dan kasih sayang-Nya.

Dua tahun berlalu pergi.
Pergi tanpa menunggu kita walau sesaat.
Pejam celik, pejam celik..begitulah masa yang pantas bergerak.

Dua tahun juga, blog ini sepi tanpa sebarang catatan aktiviti.
Senyap. Diam membisu dan akhirnya kaku.
Dijengah tidak dan kesannya bersawang.

Pagi ini menjenguk membuat lawatan.
Terharunya walau tuannya tidak menyapa.
Ia tetap di sini dan terus menanti untuk diaktifkan.

Terima kasih wahai blog kesayanganku.

Lantas, terus membuat sedikit penambahbaikan.
Merujuk apa yang ingin kita kongsikan.
Agar bersama-sama beroleh manfaat dan kebaikan.

Dari asalnya blog ini sekadar untuk berkongsi aktiviti anak-anak.
Namun, hari ini berhajat lebih fokus pada catatan seorang Suri Profesional.
Boleh diaplikasi oleh semua suri rumah yang gojes ;-)

Saya yakin dan percaya, ia memberi sejuta manfaat yang tiada tolok bandingnya.
InsyaAllah dengan izin dari Ilahi.
Kerana, ia berdasarkan pengalaman diri sendiri.
Rasa sangat rugi jika tidak berkongsi melalui penulisan.

Saya berdoa, ia menjadi ilmu yang bermanfaat untuk ummah sejagat.
Dengan izin Allah SWT, saya mohon Dia perkenankan.
Amin Ya Rabbal Alamin.

Selamat berblogging ;-)    

Salam Mesra
Ida Hani Ali
4.11.2015