Sunday, 31 January 2016

Tips Suri Rumah Rasa Fresh Dan Bersemangat

Duhai suri-suri,


Sungguh, rutin kehidupan seorang suri ibarat di dalam sebuah botol air. Kebanyakan waktunya dihabiskan di dalam rumah. Dari kanta mata kasar, seperti terperap dan terperosok.

Justeru, setiap hari suri-suri perlukan secangkir kopi panas beraroma harum untuk membangkit semangat. Ia umpama, diri sendiri harus dirapi agar sentiasa fresh. 

Bermakna, hari-hari buat/cari sesuatu yang baru. Misalnya dari segi ilmu, suasana, hubungan, resepi dan lain-lain.

InsyaAllah, andai dilihat dari kanta mata hati. Terlalu banyak yang kita harus belajar demi untuk upgrade diri jadi Suri Profesional. Persiapkan diri dengan pelbagai cabang ilmu agar kita berjaya di kancah rumah tangga :-)

Salam Suri
Ida Hani Ali
31.01.2016

Perkongsian Tip Dalam Buku Suri Profesional

Assalamualaikum wbt.


Hai suri-suri yang hebat belaka! Izinkan saya berkongsi. Alhamdulillah syukur. Buku Suri Profesional : Menangani Konflik Dan Keyakinan Diri Suri Rumah dah selamat sampai ke tangan sendiri. Dah selamat belek dari kulit depan ke kulit belakang dalam tempoh kurang 24 jam :-)

Buat suri-suri gojes di luar sana, selesaikan konflik emosi dan keyakinan diri anda melalui tips/petua yang dikongsikan dalam buku SURI PROFESIONAL. InsyaAllah dengan petunjuk dari-Nya. 

Kita pasti boleh! :-)



Salam Suri
Ida Hani Ali
31.01.2016

Tuesday, 5 January 2016

Tips Suri Profesional

Assalamualaikum wbt suri yang gojes!

Nantikan kemunculan buku 'Suri Profesional' :-) InsyaAllah.


Salam Suri
Ida Hani Ali
05.01.2016